Hari Rabu baru nie Elmi bawak balik kertas2 peperiksaan dia..... Alhamdulillah, keenam2 subject dia dapat 100%. Mula tu rasa mcm tak percaya aje sbb saya tau la tahap anak saya tu mcm mana. Tapi bila difikirkan balik, kenapa la saya nie tak percayakan kemampuan anak sendiri. Syukur sgt pada Allah sbb saya dikurniakan anak yang cerdik....
Pages
Friday, November 5, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Gembira VS Sedih
Hari nie saya berasa sangat gembira pada awalnya TAPI bertukar menjadi sedih..............
Saya terima surat URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA(PPPLD) GRED DGA29 KE GRED DGA32 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG SEBAGAI GURU CEMERLANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Surat inilah yang saya nanti2kan selama ini. Selepas rehat tadi kerani panggil saya untuk bagi surat ni(masa tu hati nie punya la melonjak seronok). Tapi masa nak keluar dari pejabat bertembung dengan GB dan 2 orang PK. Mulanya salah sorang PK tanya surat apa yang saya pegang tu, saya pun bagitau la. Dalam masa yang sama GB ucapkan tahniah kat saya dan dia bagi la sikit kata2 perangsang kat saya tapi sebaliknya dengan PK yang sorang lagi tu dengan bersahaja menghamburkan kata2 yang menyentuh hati.
Kenapa ye, bila sekali dua buat salah sikit terus ingat sampai bila2. Sedangkan ada lagi orang lain yang lagi kerap buat salah tapi tak la pulak kena tegur. Itu tak adil namanya......
Semua nie saya buat sebagai peringatan....
Labels:
Diriku
Subscribe to:
Posts (Atom)