Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, May 4, 2011

Elmi & Ammar vs Kasut .....

Taska Tapis akan mengadakan Sukan Tahunan mereka pada 14/5/2011 iaitu hari Sabtu. Elmi & Ammar pun punya la excited suruh beli kasut. Elmi & Ammar kata cikgu suruh beli "kasut putih". Saya dan suami pun bersetuju untuk belikan kasut tu hujung minggu ni. Tapi kelmarin, lain pulak jadinya, Ammar tiba-tiba dok desak suru beli "kasut putih" tu. Suami saya ni, tak suka anak-anak dok merengek-rengek. So, lepas maghrib semalam maka keluar la kami sekeluarga ke pekan Kulim dengan agenda yang beli "kasut putih".

Masa dalam kereta, Elmi ada kata, 'Elmi nak kasut yang macam Abe(kawan kelas dia), kasut dia warna biru & putih".

Ammar pulak mencelah, ' cikgu suruh beli kasut putih la'.
Betekak jugak la dua beradik ni.........

Sampai ke kedai yang dituju, suami saya turun dulu nak survey samada kasut yang dicari tu ada ataupun tak. 2,3 kedai jugak la kami mencari, akhirnya bertemu jugak dengan kasut yang saya & suami rasa sesuai buat anak-anakku....

Balik dari kedai tu, sempat lagi la anak-anakku ni bergaya dengan kasut tu sebelum masuk tidur....

Pagi ni, Elmi yang bangun dulu. Kalau selalunya, Elmi la yang paling lewat bangun)bukan dia tak sedar cuma suka dok mengeram). Bangun aje, terus dapatkan kasut. Belek sana belek sini, kejap pakai kejap buang. Itu la budak-budak, cewi lebih la katakan.

So, pagi ni kesekolah dengan kasut baru la anak-anaku.....