Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Tuesday, April 26, 2011

Tanpa tajuk

Lepas sekolah tadi saya ke Tesco yang baru buka dekat dengan rumah saya ni. Niat dihati hanya nak beli 6 pek susu buat Elmi & Ammar. Memangpun pihak Tesco hanya benarkan 6 pek untuk 1 keluarga sahaja. Saya pun ambik la 6 pek tu. Sambil-sambil mata ni dok tengok jugak la kot-kot la ada apa-apa lagi barang yang saya perlukan. Akhirnya selain susu, saya juga beli 4 batang Cheese Stick, tisu basah, biskut marie kecil & susu pekat manis. Hanya itu aje barang yang saya rasa saya perlukan......

Lepas membayar, sambil nak keluar sempat jugak la saya jeling ke dalam sebuah kedai kasut. Dari jauh nampak macam ada yang berkenan. Tapi disebabkan dengan adanya troli jadi susah la sikit saya nak masuk untuk tengok kasut tu. Tak pa la, mungkin hari lain pulak la saya pi nak tengok kasut tu. Harap nanti tu, kasut yang saya berkenan tu masih ada saiz untuk saya......