Tetiba aje awal pagi tadi, Amni demam. Panas garing 1 badan dia. Sebelum saya pi hantar Amni ke taska, saya dah bagi ubat demam dah kat dia. Tadi masa pi ambik dia, cikgu dia bagitau yang seharian hari ni Amni asyik merap aje. Makan tak nak, minum susu pun sikit aje. EBM yang saya bekalkan pun Amni hanya minum 3 botol aje. Selalunya Amni akan minum habis EBM yang saya bekalkan iaitu sebanyak 5 botol sehingga saya pi ambik Amni lebih kurang pukul 4 petang.
Risau pun ada gak, sebab dalam masa yang sama saya sendiri pun rasa kurang sihat. Mungkin sebab cuaca yang tak berapaq menentu sekarang ni. Sejak kelmarin lagi saya dah rasa sakit tekak(mungkin sebab dah lama tak cakap kuat kot - alasan je tu ). Hari ni pulak masa kat sekolah rasa sakit kepala yang amat sangat. Lepas makan panadol, rasa kurang la sikit.
Berbalik pada cerita Amni demam. saya dah call my hubby bagitau yang Amni demam. So, sat lagi lepas dia balik keje, kami nak bawak Amni pi klinik. Harap semuanya akan ok2 aje.......