Penantian memang satu penyeksaan....
Sampai kejap tadi, masih jugak tak dak nama saya dalam website UPSI...
Dulu masa UUM tak pulak macam ni. Mungkin ini lah nasib kes rayuan( rayuan ke-2 pulak tu)...
Takut pun ada gak, mana la tau, silap-silap haribulan nama saya tak tersenarai dalam senarai yang merayu ni.
Dah la sebelum ni, kecoh-kecoh nak tukar pusat pengajian dari UUM ke yang terdekat. Alih-alih dapat UPSI Jitra. Alhamdulillah....... sebab dah jimat hampir 40 km jika nak dibandingkan nak ke UUM.
Harap-harap la, saya berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah ni.....Amin......
Apa-apa pun, sya akan terus semak dari masa ke semasa....