Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Friday, March 4, 2011

Berkongsi Gembira

Kalau sebelum ni, saya bergembira mendengar perkhabaran Nurul Hafizah mengandung. Bulan lepas, Kak Muniroh( rakan sekerja)  bagitau yang dia dah tak datang p****d dah 2 bulan (apa lagi, memang dah sah la Kak Muni mengandung - sekarang ni dah 3 bulan lebih). Minggu lepas, Niza disahkan mengandung 5 minggu. Kelmarin, sorang lagi rakan sekerja saya, Zahara juga disahkan mengandung. Amboi...........seronoknya saya (mengalahkan orang yang mengandung la pulak). 

Kisah Zahara ni begini, kelmarin, selepas waktu rehat dia tanya sama ada saya ada kelas ke tak lagi. Memang kebetulan saya masih lagi ada masa free. Dia bagitau kat saya yang p****d bulan Januari pada 23/1 & bulan Februari pad 28/2. TAPI hanya sedikit dan sehari selepas tu hanya ada 2 titik d***h yang berwarna hitam. Dia & suami sememangnya takut. (Zahara & suami dah berkahwin hampir 5 tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata). Dia takut jika ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. Katanya, dia baru ake menjalani ujian Pap Smear.

Sebagai kawan, saya tak nak tambahkan kerunsingannya. Saya kata kat dia, jangan berfikiran negatif tapi sebaliknya berfikiran positif. Secara melawak saya kata kat dia :  
Zahara, hang mengandung pa.....
 Tapi dia macam tak berapa nak yakin. Saya berkata lagi :
macam ni la, balik sekolah satgi, hang pi farmasi untuk beli pregnancy test kit.
Dia bersetuju selepas saya kata ada kawan lama saya masih didatangi p****d walaupun dah mengandung 7 bulan.

Pada petangnya, saya sms Zahara untuk nak tanya sama ada dia dah beli kit tu ke belum (terlebih excited), dan saya kata kalau nak test seeloknya waktu pagi  dan saya amat berharap akan mendengar perkhabaran gembira...

Sejurus selepas tu, Zahara balas sms saya DAN keputusannya POSITIF........Amin, Amin Ya Rabbalalamin....Katanya, suami dia suruh test terus sesampainya depa kat rumah, tak mau dah tunggu samapi pagi esoknya.

Tahniah! Zahara & suami.......

Apa-apa pun, saya sangat teruja dengan perkhabaran kawan-kawan yang mengandung. Jauh disudut hati saya, teringin sangat nak depa lalui masa mengandung ni dengan hati yang gembira sebagaimana yang telah saya lalui sepanjang 3 kali mengandungkan putera-putera & puteri saya. Kerana pengalaman mengandung ni sebenaranya sangat indah dan bukan semua orang dapat melaluinya.

Ingin juga saya bimbing kawan-kawan saya tu untuk depa menyusukan baby depa nanti sebagaimana yang telah saya lakukan dari awal hingga kini.....Sememangnya kawan-kawan saya tu semuanya sedia maklum yang saya memang seorang ibu yang mementingkan penyusuan susu ibu,Insyaallah....