Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Monday, July 26, 2010

SUSU IBU..


Susu ibu....

Alhamdulillah, aku telahpun berjaya menyusukan bayi ke-3 ku ini hingga kini(7 bulan). Insyaallah, aku akan teruskan selama yang mungkin.
Aku pelajari teknik yang betul untuk menjayakan penyusuanku kali ini dari pembacaan buku-buku, melayari internet dan berkongsi pendapat & pengalaman melalui blog-blog ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
Aku menggunakan Spectra 3 breastpump untuk aku mengepam susuku sewaktu di rumah mahupun di tempat kerja.
Memang berbaloi..........

Anakku sihat alahamdulillah, tak pernah sakit-sakit jika nak di bandingkan dengan kedua-dua anakku yang sebelum nie.
Sedari dalam pantang lagi aku telah giat mengumpul bekalan susu untuk kegunaan bayiku sekembalinya aku bekerja. Alhamdulillah, hingga kini aku tidak menghadapi masalah dengan bekalan susuku.

Sewaktu dalam pantang, aku menghadapi sedikit masalah kerana bayiku tak nak minum menggunakan botol. Aku menjadi runsing, pelbagai jenis puting telah ku beli, namun dia tetap menolak. Bayiku lebih nakkan menyusu direct denganku. 2 minggu sebelum mula bekerja, aku ntelah pun mula menghantar bayiku ke Nursery. Alhamdulillah, bayiku pandai sesuaikan diri. Dia minum susu ibu yang ku bekalkan menggunakan botol,ALHAMDULILLAH....... Rasa macam nak lompat sampai ke siling. Tetapi, bila aje balik ke rumah, jangan kata nak bagi minum susu guna botol, tengok botol pun daia tak mau. Sampai lani,dia masih macam tu, tapi dah kurang la skit perangai tak mazu botol tu.

Sehingga kini dah hampir 8 bulan aku menyusukan NUR AMNI SAFIYA, alhamdulillah, stok EBM ku masih banyak. Akua akui yang aku nie bukannya berdisiplin sangat dalam menguruskan masa, terutamanya lani aku kan FULL BREASTFEED MOTHER. Masa untuk aku mengepam susu terutamanya waktu kat tempat kerja, memang tak menentu. Mungkin sebab kerjayaku sebagai seorang Guru, masa 'free' kat sekolah ni bukannya menentu. kadang-kadang bila masa 'free' aku tu, aku kena gantikan kelas guru yang tak hadir plak. Sesekali aku rasa macam tertekan,b***** dah membengkak, tp masih tak boleh nak pam sebab tuntutan tugas. Namun bukan la setiap hari jadi macam tu.