Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Monday, April 29, 2013

Sunday, March 10, 2013

Tension....


Dah lama tak menulis kat sini.. Punya lah sibuk, tapi apa yang sibuknya pun tak tau la.
Selalunya, bila ada isu-isu yang menyentuh hati, baru la tergerak nak menulis kat sini, sebab kalau kat laman sosial yang lain terlalu terbuka. Disini  saya rasakan lebih privacy..

Alkisahnya, hari ni akan berlangsung majlis Mesyuarat Agong PIBG sekolah saya .. Saya diamanahkan menjadi MC...Bukannya tak biasa tapi agak gementar sebab tak ada teks.. Saya akan digandingkan dengan seorang rakan guru saya ni... Tadi saya bertanyakan tentang teks, dengan selambanya dia kata tak payah guna teks, cakap je..

Kenapa la digandingkan dengan orang macam ni.. Tau la dia boleh mengacarakan majlis secara spontan, tapi tolong la ingat yang awak tu bergandingan dengan orang lain. Nanti bila saya tak ada teks, mula la merapu ntah apa-apa.. Sebelum ni pun saya pernah digandingkan dengan dia jugak...masalah yang sama tetap timbul. Saya ni bukannya apa, tak nak nanti dianggap melakukan kerja ibarat melepaskan batuk ditangga.

Malas la nak sakitkan kepala lagi... saya akan siapkan teks saya sendiri. ikut suka dia la nak ikut ke tak...

Sehingga berjumpa lagi untuk entri selepas Mesyuarat Agong PIBG nanti....

Sunday, February 17, 2013