Alahai.........
Makin berdebar la saya rasa. Sepatutnya 15hb (kelmarin) dah boleh tau dah sama ada dapat ke tak tawaran PPG tu, tapi ditangguhkan pulak hingga 21hb ni (Isnin). Kelmarin, saya ni punya kejap-kejap buka website tu nak check, mana la tau kot ada dak keputusan semakan PPG tu. Sampai pagi tadi pun saya masih dok try nak check lagi. Tapi, hampa belaka......Lepas sorang kawan saya bagi tau yang dia dapat info lepas call Unit Pengambilan yang 21hb ni baru boleh buat semakan. Lagi lama menunggu lagi la membuatkan saya rasa macam tak ada peluang aje.....Dalam hati ni, hanya Allah aje yang tahu betapa tak tenteramnya...
Apa-apa pun terpaksa la saya tunggu jugak sampai 21hb ni. Insyaallah, harap ada la rezeki yang menyebelahi saya...Amin...........