Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Tuesday, May 3, 2011

Lega rasanya........tapi cuma sebentar

Alhamdulillah......saya dah selesai menjawab Ujian 1 dan dah hantar pun semalam, itupun dah last minutes. Saya rasa boleh menarik nafas lega tapi hanya sementara. Masih ada lagi tugasan-tugasan yang lain yang belum selesai(bukan belum selesai tapi belum mula pun lagi).

Kalau minggu lepas, saya sangat sibuk dengan aktiviti English Week. Alhamdulillah, itu pun dah berlangsung dengan jayanya. Walaupun agak memenatkan, namun saya amat berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan sepanitia. Aktiviti yang kami rancang, agak berbeza dengan yang pernah kami lakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Yang paling saya suka sepanjang English Week berlangsung ialah aktiviti Explore Race. Fizikal & mental murid-murid saya agak teruji dengan tugasan yang disediakan di setiap stesen. Banner, sangat cantik, berbeza dengan yang sedia ada.

Aktiviti Explore Race:
Sebanyak 9 stesen yang disediakan. Murid perlu melengkapkan kesemua tugasan yang telah disediakan di setiap stesen.


Station 1 - Messenger & Scribes


Station 2 - Crossword Puzzle


Station 3
Station 4 - Making Model



Station 5 - Arranging Words

Station 6  - Arranging Sentences

Station 7 - Riddles




Station 8 - Jigsaw Puzzle


Station 9 - Action Song


Aktiviti Singing Competition:
Persembahan dari murid-murid sangat menghiburkan....



Aktiviti Handycraft :
Murid dikehendaki membuat 'mobil' - tema yang diberikan seperti bungaan, kenderaan & haiwan.
Alhamdulillah,murid-murid mamang kreatif. Cantik-cantik sekali hasil kerja mereka....