Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, October 27, 2010

Timmy Time - Sing Along

Thursday, October 21, 2010

Sakit mata..

Rasanya sakit mata yang saya alami nie semakin teruk. So, saya pun ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa, MA kat klinik tu bagi MC & ubat2 nie .....
Harap selepas makan ubat2 nie, saya akan kembali sembuh dari sakit mata nie kerana sungguh menyiksakan.............

Mataku yang merah & bengkak sebelah kanan



MC yang saya dapat dari MA

Ubat mata - untuk dititiskan, selepas guna kena simpan dalam peti sejuk


Ubat nie untuk tahan rasa gatal, tapi mengantuk la sikit. Saya hanya makan waktu siang aje sebab kalau makan waktu malam susah la takut tak terjaga bila NUR AMNI SAFIYA nak menyusu...


Ubat nie kalau tak silap saya la ubat angin, tak sure la pulak sebab apa MA tu bagi ubat nie tapi saya makan jugak la..



Ubat nie makan bila perlu aje.......

Wednesday, October 20, 2010

Kupon Dah Siap Dah!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah..... akhirnya kupon untuk Hari Kantin dah siap dah, tinggal untuk di jual aje. Berbaloi jugak la sakit2 tangan nie dok memotong kertas, mengecop & menggokot kupon2 tu. Thanks to my friends yang tolong saya cepatkan siapnya kupon2 tu...

Sakit Mata

Adusss....sakit mata la pulak. Ntah dari mana la pulak dapat jangkitan nie. Tak selesa sungguh nak melihat pemandangan. Rasa tak semangat aje nak buat keje tapi memandangkan banyak keje yang belum selesai & perlu di selesaikan dengan segera, ,maka terpaksa la saya gagahkan diri untuk datang keje jugak.

Rasanya saya perlu ke klinik untuk check mata apa yang tak kena dengan mata saya nie. Insyaallah selepas sekolah nanti saya akan pi klinik

Sunday, October 17, 2010

HARI KANTIN 2010

Tolongggggggg...... tengah serabut nie. Nak kena buat kupon untuk hari kantin 31/10/2010 nie. Tengah tak dak idea & buntu sungguh pikiran ni. Nak kata tak pernah buat kupon sebelum ni tak jugak, ada pengalaman cuma kenapa ntah bila memerlukan idea tu tak kunjung tiba la pulakkkkk

Bila nak buat tu mesti la nakkan yang terbaik, tapi...Jadi blurrrr sangat. Rasanya macam yang aku buat tu dah ok tapi bila persembahkan kat kengkawan untuk ada yang bagi komen yang +ve & -ve. Rasa macam give up pun ada sedangkan kupon perlu disiapkan dengan segera untuk dicetak & dijual kepada muri2.

Rasanya nak stop dulu buat masa nie, nanti balik rumah la akan ku pikir kan semula macam mana nak jadi dengan kupon nie.....






























SELESAI PTK......

Selesai sudah saya menduduki PTK, so far so good..... kalau nak diikutkan dengan tak baca buku memamg la tak tau nak pilih jawapan yang mana satu, tapi semua tu hanya la berdasarkan pengetahuan sedia ada..

Insyaallah, kalau ada rezeki, luluslah saya kalau tak sebaliknya la......

Thursday, October 14, 2010

KLINIK.....

Baru berkesempatan untuk nak buat entri ni. Alkisahnya aku bawak 2 orang hero ku untuk pi pemeriksaan kesihatan yang rutin bagi kanak2 sehingga la mereka berumur 7 tahun. Aku nie memang peka sangat la tentang bab2 kesihatan nie. Maklum la anak pesara jururawat la katakan.

Aku pi ambik hero2 ku di Taska & Tadika TAPIS selepas sekolah ke Klinik Komuniti Taman Selasih. Selepas mendaftar, kami menunggu untuk dipanggil. Setelah agak lama menunggu nama kedua2 hero ku pun di panggil. Perkara pertama, mereka di timbang & kemudiannya di ukur tinggi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang memuaskan.


Seterusnya kami ke ruangan tengah untuk berjumpa dengan nurse yang lain pulak. Akhirnya nombor kami di panggil & kami masuk ke bilik no.5. Disitu nurse bertanyakan tentang perkembangan anak2ku & cara pemakanan mereka. Nurse berpuashati dengan perkembangan mereka, Alhamdulillah..........


Sebelum pulang nurse bekalkan kepada anak2 ku UBAT CACING. Memang sudah menjadi rutin, anak2 ku akan makan ubat cacing 6 bulan sekali. Setelah itu, kami pun pulang, tapi sebelum nak keluar dari klinik, Elmi sempat bertanyakan kat aku.

"Mama, boleh dak nak main mainan kat situ sat"?

Mulanya aku malas gak la nak layan, tapi bila dipikirkan semula, sepanjang kat klinik tadi depa tak buat masalah so aku dengan rela hatinya membenarkan.

" Ok, boleh main, tapi sat aje tau sebab nak pi ambik Adik Amni pulak, kesian kat dia kena tinggai", itu lah ayat yang aku bagi kat anak2 ku.

Depa pun jawab " Ok, main sat saja....".



Bukan main seronok lagi depa dok main dengan papan gelongsor yang ada kat situ walaupun hanya sekejap aje.....

PTK......






16/10/2010 ( Sabtu ) nie aku nak ambik PTK utk TK3 pulak. Setelah sekian lama aku di TK1 akhirnya aku berganjak jugak ke TK3 itu pun setelah aku dimaklumkan yang aku boleh ambik kertas TK3 kerana aku dah dapat latikan ke DGA32(KUP). Aku berharap sangat yang aku dapat jawab kesemua soalan dengan tenang supaya paling tidak pun aku nak jugak lulus salah satu dair kertas PTK yang akan aku ambik tu nanti, INSYAALLAH..............

Wednesday, October 13, 2010

SUSU OH SUSU....

Sejak kebelakangan ni, susuku agak berkurangan. Stok pun dah semakin kurang sedangkan Amni minum makin banyak pulak tu. Rasanya mungkin kebelakangan ni aku agak stress dengan tuntutan kerja di rumah & semestinya kat tempat kerja. Banyak sangat lagi kerja yang bertimbun2 yang perlu aku selesaikan.
Berbalik kepada masalah susu yang aku hadapi, aku berpendapat satu2nya cara untuk aku tambahkan kembali susuku ialah dengan cara kerapkan sesi mengepam, power pumping,tambahkan kuantiti makanannya(solid food - kalu sebelum nie Amni hanya makan 2 kali sehari so aku tambahkan jadi 3 kali sehari) & yang paling penting BERTENANG.......

Alhamdulillah.....setelah semuanya telah aku lakukan, susu ku dah semakin bertambah. Jika dalam masa yang aku dok stress hari tu setiap kali aku mengepam, aku cuma dapat 4-5 oz aje. Tapi kini aku dah dapat kembali jumlah yang agak memberangsangkan iaitu 7-8oz. Aku bersyukur sangat2 sebab stok susu aku pun dah semakin bertambah kembali. Aku berazam sangat2 untuk menyusukan Amni sehingga dia 2 tahun, INSYAALLAH........ Semoga Allah merestui aku, AMIN..........

Sunday, October 10, 2010

Rumah Terbuka

Alhamdulillah.............rumah terbukaku berjalan lancar. walaupun agak kelam kabut namun semuanya berjalan lancar. Yang jadi kelam kabutnya ialah sebab lepas sekolah tu ada meeting plak. Mujur la kawan2 yang aku jemput untuk datang ke rumah banyak menolong aku. Thanks ye kawan2ku, sepatutnya kalian semua hanya datang untuk makan tapi kena pulak tolong buat keja .....

Wednesday, October 6, 2010

RUMAH TERBUKA

Dah agak lama dah niat untuk nak buat rumah terbuka tertangguh. Apa2 pun insyaallah 7/10/2010(Khamis) aku akan buat jugak. Tapi agak terganggu sbb hari Khamis tu ada meeting plak pasai nak gotong royong minggu depan. Maknanya aku kena la buat semua persediaan sebelum aku pi sekolah.... Rasa2nya pukui berapa ye aku nak kena bangun pagi Khamis tu ye untuk siapkan semuanya? Kalu sebelum nie aku biasa bangun pukui 5.00 pagi. Rasanya pukui 4.00 pagi dan la kot noooo.

Menu untuk rumah terbuka ku nanti :
1) soto ayam
2) nasi himpit
3) kuah kacang
4) puding
5) kek (tak sure lagi nak jadi kek apa)

Harap, semuanya berjalan lancar....Kawan2 ku sila lah datang ye.....

Monday, October 4, 2010

Hari-hari ku............

Lama dah aku tak update blog nie, dengan kesibukan jadual harianku semenjak pertengahan bulan puasa sampai la minggu lepas. Kekadang terpikir la jugak, apa la yg sibuk sgt ye @ aku nie yg menyibukkan diri.........

HARI RAYA AIDIL FITRI



Tahun nie sambutan hari raya seperti tahun2 sblm nie jgk. persiapan ala kadar aje cuma tahun nie ada ahli baru & kami beraya 5 beranak. Persiapan banyak ku fokuskan buat anak2 terutamanya buat orang baru ( NUR AMNI SAFIYA ). Kalu thn2 sblm nie aku hanya membeli T-Shirt, Seluar Khakis & Seluar Jeans aje utk 2 orang anak terunaku tp thn nie aku sampai tak tau nak pilih baju apa utk si anak dara ku nie. Rambang mata dibuatnya.....

Bersiap2 nak pi beraya kat Perlis....