Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, October 13, 2010

SUSU OH SUSU....

Sejak kebelakangan ni, susuku agak berkurangan. Stok pun dah semakin kurang sedangkan Amni minum makin banyak pulak tu. Rasanya mungkin kebelakangan ni aku agak stress dengan tuntutan kerja di rumah & semestinya kat tempat kerja. Banyak sangat lagi kerja yang bertimbun2 yang perlu aku selesaikan.
Berbalik kepada masalah susu yang aku hadapi, aku berpendapat satu2nya cara untuk aku tambahkan kembali susuku ialah dengan cara kerapkan sesi mengepam, power pumping,tambahkan kuantiti makanannya(solid food - kalu sebelum nie Amni hanya makan 2 kali sehari so aku tambahkan jadi 3 kali sehari) & yang paling penting BERTENANG.......

Alhamdulillah.....setelah semuanya telah aku lakukan, susu ku dah semakin bertambah. Jika dalam masa yang aku dok stress hari tu setiap kali aku mengepam, aku cuma dapat 4-5 oz aje. Tapi kini aku dah dapat kembali jumlah yang agak memberangsangkan iaitu 7-8oz. Aku bersyukur sangat2 sebab stok susu aku pun dah semakin bertambah kembali. Aku berazam sangat2 untuk menyusukan Amni sehingga dia 2 tahun, INSYAALLAH........ Semoga Allah merestui aku, AMIN..........

3 comments:

  1. banyakkan istighfar dan selawat. zikir di waktu lapang supaya Allah permudahkan kita di kala kesempitan. semoga akak dimurahkan rezeki dengan susu badan yang banyak dan cukup untuk Amni.:)

    ReplyDelete
  2. Thanks fiza, Set B tu jugak banyak membantu akak dalam proses nak menambahkan kembali susu akak nie.....

    ReplyDelete
  3. shaklee memang best. sesiapa yang dah cuba je tahu. saya nak org lain rasa apa yg saya dan kwn2 lain rasai. set b tu, sebenarnya untuk kesihatan keseluruhan. byk lagi perubahan positif yg akak akan lalui nanti. percayalah.:)

    ReplyDelete