Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, August 25, 2010

TAKLIMAT UTK KETUA PENGAWAS UPSR 2010

Kemarin aku pi taklimat utk Ketua Pengawas UPSR 2010 kat SK Tmn Hi-Tech. Taklimat tu start pukui 9.00 kat Bilik Mesyuarat. Macam-macam yg ditaklimatkan walaupun ada yg dah tau, tp utk refresh balik.
Tahun nie merupakan tahun ke-2 aku jd Ketua Pengawas UPSR, terus terang aku katakan yg nervous mmg ada malah mengalahkan budak2 yg nak amik UPSR plak. Tahun lepas, lg la 1st time dah tu kena jg SK St. Anne's Convent plak tu. Lg la mengelabah....Tp
ALHAMDULILLAH.....semuanya berjalan dgn lancar.
Tahun nie aku akan jg kat SK Permatang Tiong, sek tu berjiran aje dgn sek aku. Pengawas yg akan bertugas dgn aku nanti ada 2 orang, sorang lelaki & sorang perempuan. Aku akan berjumpa dgn depa pada 19/9/2010 nnt kat pusat peperiksaan.
UPSR tahun nie akan bermula pada 21-23/9/2010. Harap segalanya akan berjalan dgn lancar & tiada masalah yg akan berlaku,INSYAALLAH.............

Monday, August 23, 2010

Menu Berbuka Puasa hari Ke-13

Sedar tak sedar, hari nie dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Pening memikirkan pasai bab2 menu utk berbuka. Rasanya hari nie aku nak masak sup sayur campur, telur bungkus & cucur keria. Cucur keria nie mmg fav.ourite anak2ku, tp anak2ku panggil donat....
Disini aku selitkan sedikit hasil kerja cucur keria yang aku buat tu.....

Selepas keledek di rebus, di adun dengan tepung & di bentukkan...

Selepas di goreng...

Masak air gula ( untuk menyira )

Proses menyira cucur keria....

Tara.............. Inilah hasilnya...... CUCUR KERIA

Wednesday, August 18, 2010

PERTANDINGAN BAYI CERIA



Actually pertandingan ni dah hampir 3 minggu berlalu, tapi sekarang nie baru la berkesempatan untuk update & upload pasai pertandingan tu. Pertandingan tu diadakan kat Hospital Bukit Mertajam pada 30/7/2010. Mulanya aku refuse gak nak pi, tapi Mama aku yang beriya2 sgt nak tengok cucu perempuannya (NUR AMNI SAFIYA) ni masuk pertandingan tu. So aku pun pi la sbb tak nak hampakan Mama aku.



Pertandingan tu di kategorikan kepada 2 kategori.
1) Bayi 0 - 6 bulan
2) Bayi 7 bulan - 2 tahun
Antara yang dinilai dalam pertandingan tu ialah :
1) tahap pengetahuan Ibu tentang penyusuan susu ibu
2) tahap kesihatan bayi
3) perkembangan bayi



Alhamdulillah.........Amni dapat tempat ke 3 dari 10 bayi yang mengambil bahagian.Hadiah2 disampaikan oleh Pengarah Hospital Bukit Mertajam.

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI...........

Ramadhan datang lagi......Seronok sampaikan tak terucap dgn kata2. Tahun nie berbeza skit dr tahun2 sblm nie. Tahun nie INSYAALLAH aku akan berpuasa & dalam masa yg sama aku menyusukan NUR AMNI SAFIYA.
Hari pertama, aku tak larat sgt di sebabkan aku kurang sihat,demam & sakit kepala. Namun aku gagahkan jugak hingga sampai waktu berbuka. Tp aku hanya berbuka dgn sebiji kurma, segelas air teh bunga & murtabak 1/2 biji. Lepas maghrib, terus aku tido sampai ke pagi utk bersahur.