Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, December 28, 2011

Monday, December 26, 2011

Cuti2 bersama anak2..

Sekejap sungguh masa berlalu. Tinggal seminggu aje lagi dah nak mula kerja...
Sepanjang cuti ni cuma sempat ke beberapa tempat aje...Anak2 pun tiap2 hari asyik dok tanya bila nak pi jalan2.
Pada mereka, bawak pi tengok rumah yang tengah dalam pembinaan tu pun dah ok... Mungkin depa cemuih dah dok kat rumah sebab tak tau nak buat apa2 lagi... Mula2 main bersama pastu mula la bergaduh...
Antara tempat yang sempat bawak anak2 pi ialah Zoo Taiping(walaupun dah banyak kali pi, tapi anak2 ni tetap jugak teruja), Pesta Pulau Pinang & Ladang Anggur Tasik Beris(punya la jauh).
Ni adalah antara beberapa gambar yang sempat dirakam...

Zoo Taiping
































Ladang Anggur..
























Saturday, November 19, 2011

Bersara

17.11.2011...

Tarikh terakhir Puan Romlah Binti saari (PK HEM) bersama-sama dengan semua warga SK JUNJONG. Terasa sangat kehilangannya. Namun itu adalah lumrah.....

Selamat sudah dia berpencen, saya masih lagi berbaki hampir 27 tahun lagi, iaitu saya akan bersara pada tahun 2038( jika umur panjang, Insyaallah ).

Tak tau lagi la apa yang nak di tulis, so layan gambar je la....







Hadiah tak seberapa dari saya buat kak Rom....

wordlesss

Salam....

Lamanya tak update blok saya ni.... Dengan kesibukkan yang melampau, hanya Tuhan aje yang tahu ( kurang bijak sikit dalam menguruskan masa ). 

Akhirnya cuti persekolahan akhir tahun pun bermula, namun masih banyak lagi perkara sekolah yang masih belum selesai. Saya sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat yang mungkin. Tambahan pulak dengan assignment yang masih banyak lagi yang belum pun saya mula .... forum pun ada yang terlepas....

Insyaallah, setelah selesai semua kerja-kerja sekolah dalam masa sehari dua ni, saya akan mulakan untuk siapkan assignment pulak....Harap sangat yang saya dapat maintaint macam  semester lepas....

Friday, October 28, 2011

Demam Campak...

Dalam seminggu ni, Amni asyik merap, kadang-kadang macam nak demam, sakit mata.... aishhhh dah la dengan keje kat ekolah yang melambak-lambak, tugasan untuk bengkel bina item pun tak siap lagi dan yang paling berat ialah tusagan semester 2 ni satu pun saya tak mula lagi...

Hilang demam & sakit mata, tiba-tiba kelmarin, kat badan  Amni ada ditumbuhi bintik-bintik merah kecil. Pada pendapat saya, itu ialah CAMPAK.... walaupun sedang bercuti 4 hari tapi, campak ni bukannya akan sembuh dalam masa terdekat ni...

Minggu depan pulak aktiviti saya agak padat. Hari Isnin nak bawak murid-murid untuk majlis Mahrajan J-Qaf( saya ni bukan la Ustazah tapi saya hanya tolong ajarkan Kalam Jamaie). Hari Selasa & Rabu pulak saya akan ke PKG Sg Ular sekali lagi untuk bengkel bina item....
Harap Amni akan cepat sembuh, nampak gayanya minggu depan terpaksa la hantar Amni kat Tok dia...Kalau nak hantar kat taska mesti depa tak mau punya la... Lagipun malas la nanti jadi buah mulut orang...Anak sakit pun dok hantar lagi kat Taska...

Harap Amni kuat melawan campak tu dan cepat sembuh wahai anakku..... Saya pun kerapkan lagi menyusukannya untuk kuatkan antibodi badan dia.... Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, dia masih jugak aktif macam biasa, cuma kadang-kadang tu aje dia akan merap. Setahu saya campak ni memang akan menyebabkan sakit & lenguh seluruh badan.

Sunday, October 16, 2011

Kuih Pau

Ini merupakan percubaan kali kedua saya dalam menghasilan Kuih Pau. Menjadi.....tapi masih perlu dicuba lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik lagi.



So, layan gambar aje la....