Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Friday, October 28, 2011

Demam Campak...

Dalam seminggu ni, Amni asyik merap, kadang-kadang macam nak demam, sakit mata.... aishhhh dah la dengan keje kat ekolah yang melambak-lambak, tugasan untuk bengkel bina item pun tak siap lagi dan yang paling berat ialah tusagan semester 2 ni satu pun saya tak mula lagi...

Hilang demam & sakit mata, tiba-tiba kelmarin, kat badan  Amni ada ditumbuhi bintik-bintik merah kecil. Pada pendapat saya, itu ialah CAMPAK.... walaupun sedang bercuti 4 hari tapi, campak ni bukannya akan sembuh dalam masa terdekat ni...

Minggu depan pulak aktiviti saya agak padat. Hari Isnin nak bawak murid-murid untuk majlis Mahrajan J-Qaf( saya ni bukan la Ustazah tapi saya hanya tolong ajarkan Kalam Jamaie). Hari Selasa & Rabu pulak saya akan ke PKG Sg Ular sekali lagi untuk bengkel bina item....
Harap Amni akan cepat sembuh, nampak gayanya minggu depan terpaksa la hantar Amni kat Tok dia...Kalau nak hantar kat taska mesti depa tak mau punya la... Lagipun malas la nanti jadi buah mulut orang...Anak sakit pun dok hantar lagi kat Taska...

Harap Amni kuat melawan campak tu dan cepat sembuh wahai anakku..... Saya pun kerapkan lagi menyusukannya untuk kuatkan antibodi badan dia.... Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, dia masih jugak aktif macam biasa, cuma kadang-kadang tu aje dia akan merap. Setahu saya campak ni memang akan menyebabkan sakit & lenguh seluruh badan.

No comments:

Post a Comment