4/12/2010 - Sabtu
Genap 1 Tahun umur Nur Amni Safiya. Terasa macam baru kemarin aje saya melahirkannya. Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan kehadirannya dalam keluarga kami kerana kehadirannya sememangnya dinanti-nantikan. Seumpama sudah lengkap hidup kami sekeluarga. Saya jugak amat berbangga kerana saya telahpun berjaya menyusukannya sehingga kini dan akan saya teruskan hingga 2 tahun, Insyaallah.....