Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Thursday, January 6, 2011

Elmi dan Homeworknya

Hari ni dah 4 hari Elmi ke sekolah bagi tahun 2011. Sat aje kan, dia dah 5 Tahun. Hari ni dia ada homework Jawi & Mathematics. Untuk Jawi dia kena tulis huruf Thsa (betul ke tak ntah la ejaan ni) & bagi Mathematics pulak dia kena tulis Number 2. 

Walaupun masa dia 4 Tahun dulu dia dah pernah tulis dah semua huruf2 & nombor2 ni, tapi tahun nie pun dia masih menulis perkara yang sama jugak. Mungkin sebagai nak ingat semula kot, maklum la sebelum ni kan cuti lama 1 bulan lebih.

Elmi pun dalam masa cuti baru nie, mana ada buat aktiviti menulis sangat pun. Masa awal2 cuti, kami semua sibuk dengan berpindah rumah. Lepas tu sibuk mengemas (kononnya la, tapi rasanya dah 1 bulan berpindah, rumah ni masih agak tak tersusun jugak lagi). 

Apa2 pun, Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat Elmi. Harap dia dapat mengekalkan kecemerlangannya seperti tahun lepas.

Hari ni jugak Elmi dah mula membaca Iqra' secara rasmi dengan Cikgu Ainin ( Cikgu Makndak- biras saya). Walaupun saya & suami cikgu, tapi anak2 kami ni bukannya nak sangat tumpu bila kami mengajar. Apa2 pun semuanya nak kena dengan orang jugak....tak kisah la belajar dengan sapa, asalkan faham.....






Demam

Post yang sebelum ni, Amni yang demam, tapi lani saya pulak yang demam. Ianya bermula sejak hari Selasa lagi. Bermula dengan sakit tekak & sakit kepala yang amat sangat. Nyut nyut nyut aje kepala saya (adoi sakitnya kepalaku- mcm iklan panadol satu masa dulu).

Kelmarin hari Rabu, saya mula berasa seram sejuk. Sejuk habis 1 badan, kaki saya rasa macam ais... Lepas balik dari sekolah, saya berehat sat sebelum pi ambik anak2. Sebelah malamnya saya rasa bertambah teruk, habis lenguh 1 badan, tido pun tak nyenyak, sat2 terjaga sebab sakit badan.

Pagi tadi selepas pi hantar anak2 saya ke sekolah, say terus ke klinik. Setelah di periksa, suhu badan saya mencecah 38.2. Dah la suhu badan tinggi, tonsil merah & bengkak, batuk (tak la teruk sangat). Lepas tu MA tu (sepupu saya) kata terpaksa ambik darah untuk di test sebab suhu badan yang tinggi sebab lani ada kes Denggi. Masa MA tu bagitau kat saya macam tu, hanya tuhan aje yang tahu, berdebar2 sambil memikirkan anak2 & suami. Selepas darah saya di ambil, saya bawak darh tu ke makmal untuk di uji. Setelah dapat keputusannya, saya bawaknya untuk MA tu bagitau apa yang tak kena. Setelah dia tengok keputusan darah saya & dia rujuk dengan doktor, saya kena pi ambik darah sekali lagi pagi hari Ahad ni. Ini adalah kerana keputusan darah saya kurang memuaskan.

MA tu kata kat saya Insyaallah tak akan ada apa2 la, makan ubat bagi betul & ikut masa. bagi suhu badan saya ni stabil balik, Insyaallah akan ok punya la......

Saya di bagi Panadol, Antibaotik, Vitamin C, Ubat Batuk & Ubat untuk kumur


Ni adalah ubat2nya (makan jangan tak makan)


Bekas kena ambik darah (boleh tahan jugak la- tapi anak bekas Nurse ni tak takut jarum sebab dulu prnah bercita2 nak jadi Nurse)

Susu Oh Susu

Sepatutnya saya dah updatekan post ni kemarin, tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan, so, sekarang ni la nak update.

Ini adalah merupakan hasil perah EBM ku. Nampak banyakkan, ini adalah kerana aku dah terlebih masa dari yang sepatutnya. Masa yang sepatutnya saya pam susu ialah lebih kurang pukul 10 tapi hari ni disebabkan masa rehat saya yang terhad & jadual waktu yang agak penuh, terpaksa la saya skip masa mengepam susu.

Hampir 2 jam saya telah terlebih masa, hanya tuhan aje yang tahu betapa beratnya cik B**** ni. Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan LDR tak berlaku, kalu tak rugi la....

Selepas habis aje kelas, saya bergegas segera ke port saya untuk mengepam susu. Rasa tak sabar2 nak kosongkan cik B ni......

Pam punya pam lebih kurang 20 minit,TARAAAAA....saya dapat lebih kurang 9oz, hasil penggunaan Spectra 3 saya yang tersayang ni.  Alhamdulillah, rezeki Amni. Kalau selalunya sekali sesi mengepam saya hanya akan dapat lebih kurang dalam 6oz aje.





Spectra 3 ku yang banyak berjasa buat diri ku
Tak tau nak start yang mana dulu. Saya ni ada banyak perkara yang nak dikongsikan bersama dalam blog ni, tapi confused la nak mulakan yang mana dulu.......................!!!!!!!!!!!!!!!!!!?????????????????????

Ahaaaaaaaaaa ...dah dapat idea dah.

Jumpa dalam post yang seterusnya....