Hari ni dah 4 hari Elmi ke sekolah bagi tahun 2011. Sat aje kan, dia dah 5 Tahun. Hari ni dia ada homework Jawi & Mathematics. Untuk Jawi dia kena tulis huruf Thsa (betul ke tak ntah la ejaan ni) & bagi Mathematics pulak dia kena tulis Number 2.
Walaupun masa dia 4 Tahun dulu dia dah pernah tulis dah semua huruf2 & nombor2 ni, tapi tahun nie pun dia masih menulis perkara yang sama jugak. Mungkin sebagai nak ingat semula kot, maklum la sebelum ni kan cuti lama 1 bulan lebih.
Elmi pun dalam masa cuti baru nie, mana ada buat aktiviti menulis sangat pun. Masa awal2 cuti, kami semua sibuk dengan berpindah rumah. Lepas tu sibuk mengemas (kononnya la, tapi rasanya dah 1 bulan berpindah, rumah ni masih agak tak tersusun jugak lagi).
Apa2 pun, Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat Elmi. Harap dia dapat mengekalkan kecemerlangannya seperti tahun lepas.
No comments:
Post a Comment