Sepatutnya saya dah updatekan post ni kemarin, tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan, so, sekarang ni la nak update.
Ini adalah merupakan hasil perah EBM ku. Nampak banyakkan, ini adalah kerana aku dah terlebih masa dari yang sepatutnya. Masa yang sepatutnya saya pam susu ialah lebih kurang pukul 10 tapi hari ni disebabkan masa rehat saya yang terhad & jadual waktu yang agak penuh, terpaksa la saya skip masa mengepam susu.
Hampir 2 jam saya telah terlebih masa, hanya tuhan aje yang tahu betapa beratnya cik B**** ni. Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan LDR tak berlaku, kalu tak rugi la....
Selepas habis aje kelas, saya bergegas segera ke port saya untuk mengepam susu. Rasa tak sabar2 nak kosongkan cik B ni......
Pam punya pam lebih kurang 20 minit,TARAAAAA....saya dapat lebih kurang 9oz, hasil penggunaan Spectra 3 saya yang tersayang ni. Alhamdulillah, rezeki Amni. Kalau selalunya sekali sesi mengepam saya hanya akan dapat lebih kurang dalam 6oz aje.
Spectra 3 ku yang banyak berjasa buat diri ku |
alhamdulillah..btw, jgn lewat lama sangat ye.. nnt B bengkak, sakit tu..tp, sesekali tu boleh la..seronok kan dapat hasil yg mcm tu..
ReplyDelete