Post yang sebelum ni, Amni yang demam, tapi lani saya pulak yang demam. Ianya bermula sejak hari Selasa lagi. Bermula dengan sakit tekak & sakit kepala yang amat sangat. Nyut nyut nyut aje kepala saya (adoi sakitnya kepalaku- mcm iklan panadol satu masa dulu).
Kelmarin hari Rabu, saya mula berasa seram sejuk. Sejuk habis 1 badan, kaki saya rasa macam ais... Lepas balik dari sekolah, saya berehat sat sebelum pi ambik anak2. Sebelah malamnya saya rasa bertambah teruk, habis lenguh 1 badan, tido pun tak nyenyak, sat2 terjaga sebab sakit badan.
Pagi tadi selepas pi hantar anak2 saya ke sekolah, say terus ke klinik. Setelah di periksa, suhu badan saya mencecah 38.2. Dah la suhu badan tinggi, tonsil merah & bengkak, batuk (tak la teruk sangat). Lepas tu MA tu (sepupu saya) kata terpaksa ambik darah untuk di test sebab suhu badan yang tinggi sebab lani ada kes Denggi. Masa MA tu bagitau kat saya macam tu, hanya tuhan aje yang tahu, berdebar2 sambil memikirkan anak2 & suami. Selepas darah saya di ambil, saya bawak darh tu ke makmal untuk di uji. Setelah dapat keputusannya, saya bawaknya untuk MA tu bagitau apa yang tak kena. Setelah dia tengok keputusan darah saya & dia rujuk dengan doktor, saya kena pi ambik darah sekali lagi pagi hari Ahad ni. Ini adalah kerana keputusan darah saya kurang memuaskan.
MA tu kata kat saya Insyaallah tak akan ada apa2 la, makan ubat bagi betul & ikut masa. bagi suhu badan saya ni stabil balik, Insyaallah akan ok punya la......
Saya di bagi Panadol, Antibaotik, Vitamin C, Ubat Batuk & Ubat untuk kumur
Ni adalah ubat2nya (makan jangan tak makan)
Bekas kena ambik darah (boleh tahan jugak la- tapi anak bekas Nurse ni tak takut jarum sebab dulu prnah bercita2 nak jadi Nurse)
No comments:
Post a Comment