Sepatutnya dah lama saya buat entri ni, tapi tak berkesempatan.
Saya mengenali produk Shaklee ni melalui Fiza. Bermula dengan Set B (B Complex, Alfalfa, Vita C & Vitalea), bertujuan untuk menambahkan susu & menghasilkan susu yang lebih berkualiti untuk anakanda tersayang Nur Amni Safiya.
Saya mula mengambil Set B ni pada bulan 9 @ 10 tahun lepas (tak berapa ingat dah la). Seminggu yang pertama, masih tidak menampakkan sebarang kesan atau perubahan. masuk minggu yang ke2, ALHAMDULILLAH....susu saya mulai pekat & berwarna kekuningan. Daripada pembacaan yang saya buat, warna kekuningan tu adalah kerana pengambilan B Complex. Susu yang lebih pekat itu telah membuatkan Amni yang sebelum ini akan minum EBM 3.5oz sekali minum dan dalam sehari saya perlu bekalkan EBM kepada pengasuh taska sebanyak 6-7 botol yang mengandungi EBM. Tapi sekarang dia hanya akan minum 2.5-3oz aje dan saya hanya bekalkan 5 botol EBM aje, tu pun kadang2 tak habis. Ini menunjukkan kepekatan susu saya tu telah membuatkannya cepat kenyangan dan bertahan lebih lama.
Selepas habis Set B yang pertama, saya order lagi 1 Set B + ESP + Nutriferon. Kenapa saya order semua ni? Ini adalah kerana untuk meningkatkan lagi kualiti susu saya untuk kebaikan diri & anak saya juga. Set B tu saya makan seperti biasa TAPI bagi ESP.......ada 1 masalah buat saya pada awalnya. Saya termuntah pada kali pertama saya meminumnya. Saya campurkan ESP tu bersama air Ribena, nampak macam sedap tapi tak boleh diterima oleh tekak saya. Keesokkan pagi saya mencuba lagi, kali ini saya cuba campurkan dengan Horlicks. Tetap tak boleh diterima tekak tapi saya gagahkan jugak untuk menelannya. Alhamdulillah, berjaya juga saya telan walaupun tak sedap. Saya surf dalam blog kengkawan hang mengambil ESP untuk nak tak macam mana diaorang mengambil ESP dengan cara yang menyelerakan. Akhirnya saya temui satu blog (tapi tak ingat la sapa yang empunya blog tu). Dia mencampurkan ESP bersama dengan MILO. Saya pun mencubanya. YES!!!!!!! Sedap...Sejak dari hari tu hingga kini, saya minum ESP bercampur Milo. Kadang2 terpaksa berebut dengan anak2 saya. Depa kata sedap la Mama!!!
Nak crita pasal Nutriferon pulak. Tujuan saya ambilnya ialah untuk tingkatkan tahap imun badan saya. Dalam masa yang sama saya masih menyusu badan sepenuhnya. Disamping tu jugak, Amni selalu jugak la selesema (anak2 yang di hantar kat Taska, memang la senang terkena demam, selesema, batuk & pelbagai penyakit berjangkit). Alhamdulillah, selepas saya ambil 3 paket Nutriferon, saya dah boleh nampak perubahan yang positif. Kebetulan pada masa saya mengambil Nutriferon tu Amni memang tengah selesema. Dalam 4 hari, selesema Amni dah kering. Sehingga kini, saya terus mengamalkan Nutriferon tu 1 paket seminggu dan Amni dah kurang kurang sangat la terkena selsema.
Dah terlalu panjang rasanya saya berceloteh. Cukup la kot nooo......