Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Sunday, June 12, 2011

Alhamdulillah

Selesai semua assignment, namun masih ada lagi forum yang belum saya respon. Dalam minggu ni, MYGURU buat hal sungguh. Ujian 2 dan Interview kena hantar menerusi email. Harap pensyarah akan terima la ujian 2 dan interviewn tu walupun telah dinyatakan yang penghantaran menerusi email tidak akan dilayan. Saya mendapat pengajaran dari apa yang telah saya lalui sepanjang semester ini. Untuk semester depan, saya tak boleh lagi berlengah-lengah macam semester ni, kalau tidak saya akan hadapi masalah seperti sekarang. Bagi semester depan, sebaik aje dapat assignment saya kena terus mulakan, tak boleh lagi bertangguh-tangguh.....

Dinosour

Cuti 2 minggu sudah pun sampai ke penghujungnya. Kesian kat anak-anak saya sebab cuti kali ni, saya kurang sikit meluangkan masa dengan anak-anak saya. Ini semua adalah penangan assignment kenegaraan dan interview bagi subjek English dan Ujian 2. Saya rasa bersalah la dengan anak-anak saya. Depa asyik dok tanya aje, bila nak pi jalan-jalan. Anak-anak saya ni bukannya kisah sangat keluar berjalan kat man-man pun, yang penting boleh keluar asalkan kemana-mana.....

Saya pun bagitau la kat suami, nak bawak anak-anak pi tengok DINOSOUR kat Jusco Perda. Walaupun kami sekeluarga dah pernah pergi tengok pameran tu, tapi tal salah rasanya kalau kami pergi sekali lagi.....

Selepas Asar hari Jumaat baru ni, kami sekeluarga pun berduyun-duyun la ke Jusco.
Mulanya kami tak bagitau lagi kat anak-anak kemana destinasi kami......Hampir sampai kat area Jusco, baru la kami bagitau kat anak-anak yang kami akan pergi tengok Dinosour......Apalagi, seronok yang tak terkata la.....

Seterusnya, biarlah gambar yang berbicara.....