Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, March 9, 2011

Bola Baling

Baru aje balik dari Mesyuarat Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Kulim kat Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong.(dekat aje dengan sekolah saya).
Ada beberapa perkara yang dibincangkan seperti:

Tarikh: 9/4/2011 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong
Yuran Pendaftaran: RM90.00 bagi 1 pasukan
Sistem Pertandingan: Liga 2 Kumpulan


Pertandingan Peringkat Daerah Kulim akan berlangsung pada 13/4/2011 (Rabu).

Saya sendiri belum pun ada pasukan apatah lagi pemain, tapi saya bercadang tak nak buat pemilihan macam tahun-tahun lepas sebaliknya saya akan terus ambik pemain bola jaring yang baru aje selesai bertanding minggu lepas. 
Memandangkan masa dah agak suntuk ditambahkan pula dengan nak cuti sekolah selama 1 minggu, jadi saya hanya akan memulakan latihan selepas cuti sekolah.....

Saya berharap tahun ni, saya tak akan lagi kecewa sebagaimana tahun lepas. Saya akan cuba untuk melatih pasukan saya dengan sebaik yang mungkin palin-paling tidak pun pad ahari perlawanan nanti pasukan saya akan tergolong dalam TOP 4....Insyaallah, Amin...........
 


Akhirnya......

Penantian selama ini akhirnya terjawab.

Semalam, suami saya terlebih dahulu menyemak keputusan penempatan saya. Setelah menyemak, terus dikejutkannya saya dari tidur ((saya ni memang yang jenis tido awal, sejak ada anak). Bila je saya tengok tawaran tu, terkejut sangat sebab  bukan sebagaimana yang saya isi dan nak......

Saya ditawarkan ke UUM, Sintok. Jauh tu......... Suami saya pun diam tak terkata. Bayangkan lah, 4 tahun saya perlu berulang alik ke UUM tu, bukannya dekat, dari Kulim nak ke UUM tu akan ambil masa lebih kurang 2 jam lebih.

Mula la terbayangkan muka anak-anak saya yang perlu saya tinggalkan nanti. Walaupun bukannya pi tak balik tapi saya memikirkan Nur Amni Safiya yang masih menyusu dan bagaimana saya nak memerah susu nanti. Semua tu mula la menjadikan saya pening.

Ini adalah butiran tawaran buat saya :


TAHNIAH!
Anda berjaya ditempatkan di institusi Universiti Utara Malaysia
bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011



No. Kad Pengenalan
:
800630075214
Nama
:
SOLLEHATUN BINTI AHMAD ZUBIR
Tempat Mendaftar
:

Nak ditolak, nanti dikatakan menolak tuah pulak. Nak menerima, saya macam serba tak kena. Ntah la, masih ada masa lagi sebelum 19 March tu, Sempat la saya uruskan apa-apa yang patut........