Penantian selama ini akhirnya terjawab.
Semalam, suami saya terlebih dahulu menyemak keputusan penempatan saya. Setelah menyemak, terus dikejutkannya saya dari tidur ((saya ni memang yang jenis tido awal, sejak ada anak). Bila je saya tengok tawaran tu, terkejut sangat sebab bukan sebagaimana yang saya isi dan nak......
Saya ditawarkan ke UUM, Sintok. Jauh tu......... Suami saya pun diam tak terkata. Bayangkan lah, 4 tahun saya perlu berulang alik ke UUM tu, bukannya dekat, dari Kulim nak ke UUM tu akan ambil masa lebih kurang 2 jam lebih.
Mula la terbayangkan muka anak-anak saya yang perlu saya tinggalkan nanti. Walaupun bukannya pi tak balik tapi saya memikirkan Nur Amni Safiya yang masih menyusu dan bagaimana saya nak memerah susu nanti. Semua tu mula la menjadikan saya pening.
Ini adalah butiran tawaran buat saya :
TAHNIAH!
Anda berjaya ditempatkan di institusi Universiti Utara Malaysia bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011 | |||||||||||||
|
apa2 pun tahniah ummi kerana dapat sambung lagi belajar...tapi lamanyer 4 tahun berjauhan...kena fikirkan masa depan jugak ummi....semoga ummi dapat buat keputusan ngan sebijaknyer
ReplyDelete