Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, March 9, 2011

Bola Baling

Baru aje balik dari Mesyuarat Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Kulim kat Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong.(dekat aje dengan sekolah saya).
Ada beberapa perkara yang dibincangkan seperti:

Tarikh: 9/4/2011 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong
Yuran Pendaftaran: RM90.00 bagi 1 pasukan
Sistem Pertandingan: Liga 2 Kumpulan


Pertandingan Peringkat Daerah Kulim akan berlangsung pada 13/4/2011 (Rabu).

Saya sendiri belum pun ada pasukan apatah lagi pemain, tapi saya bercadang tak nak buat pemilihan macam tahun-tahun lepas sebaliknya saya akan terus ambik pemain bola jaring yang baru aje selesai bertanding minggu lepas. 
Memandangkan masa dah agak suntuk ditambahkan pula dengan nak cuti sekolah selama 1 minggu, jadi saya hanya akan memulakan latihan selepas cuti sekolah.....

Saya berharap tahun ni, saya tak akan lagi kecewa sebagaimana tahun lepas. Saya akan cuba untuk melatih pasukan saya dengan sebaik yang mungkin palin-paling tidak pun pad ahari perlawanan nanti pasukan saya akan tergolong dalam TOP 4....Insyaallah, Amin...........
 


No comments:

Post a Comment