Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Thursday, October 14, 2010

KLINIK.....

Baru berkesempatan untuk nak buat entri ni. Alkisahnya aku bawak 2 orang hero ku untuk pi pemeriksaan kesihatan yang rutin bagi kanak2 sehingga la mereka berumur 7 tahun. Aku nie memang peka sangat la tentang bab2 kesihatan nie. Maklum la anak pesara jururawat la katakan.

Aku pi ambik hero2 ku di Taska & Tadika TAPIS selepas sekolah ke Klinik Komuniti Taman Selasih. Selepas mendaftar, kami menunggu untuk dipanggil. Setelah agak lama menunggu nama kedua2 hero ku pun di panggil. Perkara pertama, mereka di timbang & kemudiannya di ukur tinggi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang memuaskan.


Seterusnya kami ke ruangan tengah untuk berjumpa dengan nurse yang lain pulak. Akhirnya nombor kami di panggil & kami masuk ke bilik no.5. Disitu nurse bertanyakan tentang perkembangan anak2ku & cara pemakanan mereka. Nurse berpuashati dengan perkembangan mereka, Alhamdulillah..........


Sebelum pulang nurse bekalkan kepada anak2 ku UBAT CACING. Memang sudah menjadi rutin, anak2 ku akan makan ubat cacing 6 bulan sekali. Setelah itu, kami pun pulang, tapi sebelum nak keluar dari klinik, Elmi sempat bertanyakan kat aku.

"Mama, boleh dak nak main mainan kat situ sat"?

Mulanya aku malas gak la nak layan, tapi bila dipikirkan semula, sepanjang kat klinik tadi depa tak buat masalah so aku dengan rela hatinya membenarkan.

" Ok, boleh main, tapi sat aje tau sebab nak pi ambik Adik Amni pulak, kesian kat dia kena tinggai", itu lah ayat yang aku bagi kat anak2 ku.

Depa pun jawab " Ok, main sat saja....".



Bukan main seronok lagi depa dok main dengan papan gelongsor yang ada kat situ walaupun hanya sekejap aje.....

PTK......






16/10/2010 ( Sabtu ) nie aku nak ambik PTK utk TK3 pulak. Setelah sekian lama aku di TK1 akhirnya aku berganjak jugak ke TK3 itu pun setelah aku dimaklumkan yang aku boleh ambik kertas TK3 kerana aku dah dapat latikan ke DGA32(KUP). Aku berharap sangat yang aku dapat jawab kesemua soalan dengan tenang supaya paling tidak pun aku nak jugak lulus salah satu dair kertas PTK yang akan aku ambik tu nanti, INSYAALLAH..............