Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Sunday, December 30, 2012

Transisi Tahun 1, 2013

30/12/2012(Ahad)
Program Transisi Tahun 1, 2013...
Anak sulungku Muhammad Elmi Husaini akan bersekolah Tahun 1, sekejap je masa berlalu. Tak sangka anakku dah besar dan dah nak bersekolah dah pun. Persiapan untuk bersekolah semuanya dah saya sediakan walaupun agak lewat..


Wednesday, December 19, 2012

Speechless

Minggu2 terakhir cuti yg sangat stress...mana dengan nak nak start persekolahan, baju sekolah & kelengkapan sekolah anak2 yg masih tak beli..nak exam tp buku tak baca lagi..ntah la rasa tak cukup tangan dibuatnya..keadaan rumah yg masih mcm tongkang pecah...ntah la..

Tuesday, December 4, 2012

3rd Birthday

Hari ni genaplah 3 tahun usia anakanda puteriku... Sedikit beremosi sebab pertama kali saya berjauhan dengan anak-anak kerana berkursus I-THINK di SSL TRADERS HOTEL, Kamunting.
Selalunya saya akan sediakan kek harijadi buat anak-anak saya. Namun kali ni terpaksa la saya bekorban skit. Tapi tak mengapa, Insyallah saya akan buat jugak kek buat anakandaku...

Saturday, October 20, 2012

2nd tutorial

Hari ni kelas yg kedua. Ada grammar test & listening speaking presentation.. Rasanya semuanya terrible. Tapi tak kisah la yang penting dah harung semuanya... Lepas ni nak concentrate dengan assigment yang lain pulak...

Sunday, October 7, 2012

Testing

Percubaan post guna phone

Sunday, August 5, 2012

 Insiden petang kelmarin...Apa nak dikata...berserah je la...Saya, suami & anak2 terkejut sangat2...













Tuesday, July 10, 2012

Cedera...

Macam mana ye nak mulakan...Sedih, geram & macam2 lagi perasaan yang ada.
Anak sulungku, Muhammad Elmi Husaini.....Ntah macam mana tersalah langkah, terjatuh kena cebisan mozek pada kepala lututnya...Pada mulanya darah hanya keluar sikit je, pas2 baru la makin banyak...
Menangis....memang dia menangis, Elmi ni memang terkenal dengan air matanya....Sangat mudah mengalirkan air mata.
Handsomenya anak bujangku









Cebisan kulit & isi yang tertanggal



 Ngeri....


Wednesday, May 9, 2012

Khas Buat Guru

Monday, April 30, 2012

Salam...

Lama sudah tak buat entry kat blog saya ni...Memang dah bersawang sangat pun...
Kini saya sedang berjinak-jinak untuk menambahkan pendapatan keluaraga... Pada awalnya suami saya agak kurang bersetuju dengan cadangan saya untuk berniaga secara sambilan. Alasannya takut saya tak mampu nak uruskan banyak kerja dalam satu masa... Kerja sebagai guru yang sangat-sangat banyak kerja, pengajian PGG-UPSI & yang paling utama ialah KELUARGA...
Namun, saya cuba yakinknanya yang saya mampu untuk menguruskannya & dia pun bersetuju. Alhamdulillah, saya telahpun ada beberapa pelanggan tetap...

Bisnes yang saya sedang rancak lakukan ialah Poduk Catalyst...

Saya sendiri telah bertestimoni & alhamdulillah ianya sangat serasi dengan saya dan pelanggan saya. Setakat ini sya telahpun mendapat balik modal permulaan saya.


 Ini adalah produk Catalyst yang sangat mendapat sambutan hangat & saya sendiri pun sangat berpuashati dengan hasilnya..

Tuesday, April 3, 2012

Saturday, March 24, 2012