Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Tuesday, July 27, 2010

SOLID FOOD..........






Confuse rasanya bila nak start bagi solid food kat Amni. Tak tau apa yang perlu dulu aku bagi kat dia. So, aku start dengan 1 tea spoon of plain porridge,alhamdulillah......Amni makan dengan selera. Next day, pun sama. Masuk hari yang ke-4, aku upgrade skit jadi 2 tea spoon, pun dia ok aje.


The next weeknya, aku buat puree plak, first aku try with carrot, BERKERUT muka Amni. Mesti la dalam mind dia kat, apa la yang Mama aku bagi makan plak nie. Selepas 2 hari, aku bagi Amni makan bubur nasi + puree carrot. Amni boleh menerima dan makan dengan semangat lagi. Selepas 4 hari, aku try plak dgn puree kacang panjang, selepas 4 hari lagi aku try labu, bayam, kentang, keledek,kacang pis dan sweet pak choy. Alhamdulillah... semuanya Amni makan tanpa kompromi. Amni ni jenis yang tak cerewet jika nak di bandingkan dengan abang2nya. Elmi ok la tapi Ammar agak cerewet tentang bab2 makan ni masa diaorang kecik.

Monday, July 26, 2010

SUSU IBU..


Susu ibu....

Alhamdulillah, aku telahpun berjaya menyusukan bayi ke-3 ku ini hingga kini(7 bulan). Insyaallah, aku akan teruskan selama yang mungkin.
Aku pelajari teknik yang betul untuk menjayakan penyusuanku kali ini dari pembacaan buku-buku, melayari internet dan berkongsi pendapat & pengalaman melalui blog-blog ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
Aku menggunakan Spectra 3 breastpump untuk aku mengepam susuku sewaktu di rumah mahupun di tempat kerja.
Memang berbaloi..........

Anakku sihat alahamdulillah, tak pernah sakit-sakit jika nak di bandingkan dengan kedua-dua anakku yang sebelum nie.
Sedari dalam pantang lagi aku telah giat mengumpul bekalan susu untuk kegunaan bayiku sekembalinya aku bekerja. Alhamdulillah, hingga kini aku tidak menghadapi masalah dengan bekalan susuku.

Sewaktu dalam pantang, aku menghadapi sedikit masalah kerana bayiku tak nak minum menggunakan botol. Aku menjadi runsing, pelbagai jenis puting telah ku beli, namun dia tetap menolak. Bayiku lebih nakkan menyusu direct denganku. 2 minggu sebelum mula bekerja, aku ntelah pun mula menghantar bayiku ke Nursery. Alhamdulillah, bayiku pandai sesuaikan diri. Dia minum susu ibu yang ku bekalkan menggunakan botol,ALHAMDULILLAH....... Rasa macam nak lompat sampai ke siling. Tetapi, bila aje balik ke rumah, jangan kata nak bagi minum susu guna botol, tengok botol pun daia tak mau. Sampai lani,dia masih macam tu, tapi dah kurang la skit perangai tak mazu botol tu.

Sehingga kini dah hampir 8 bulan aku menyusukan NUR AMNI SAFIYA, alhamdulillah, stok EBM ku masih banyak. Akua akui yang aku nie bukannya berdisiplin sangat dalam menguruskan masa, terutamanya lani aku kan FULL BREASTFEED MOTHER. Masa untuk aku mengepam susu terutamanya waktu kat tempat kerja, memang tak menentu. Mungkin sebab kerjayaku sebagai seorang Guru, masa 'free' kat sekolah ni bukannya menentu. kadang-kadang bila masa 'free' aku tu, aku kena gantikan kelas guru yang tak hadir plak. Sesekali aku rasa macam tertekan,b***** dah membengkak, tp masih tak boleh nak pam sebab tuntutan tugas. Namun bukan la setiap hari jadi macam tu.





Wednesday, July 21, 2010

PENGALAMANKU....

Pengalamanku melahirkan & membesarkan anak2ku mmg berbeza. Muhammad Elmi Husaini, aku cuma sempat memberikannya susu ibu hingga 6 bln, itupun aku campurkan dgn susu formula. Mungkin sbb anak yg pertama & kurang pengetahuan serta pengalaman. Namun aku tetap berbangga

Tuesday, July 20, 2010

NUR AMNI SAFIYA

NUR AMNI SAFIYA...........
Satu-satunya puteri kesayanganku. Ku lahirkannya pada 4/12/2009 di Hospital Bukit Mertajam. Sesungguhnya kelahiran puteriku ini mmg dinanti2kan oleh semua ahli keluarga. Dari semasa di dalam kandungan lg,aku telah berazam akan menyusukan bayiku ini dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah............. aku telahpun berjaya menyusukannya hingga kini iaitu 7 bulan dan insyaallah aku ingin meneruskannya selama yang mungkin.






NUR AMNI SAFIYA...........
Satu-satunya puteri kesayanganku. Ku lahirkannya pada 4/12/2009 di Hospital Bukit Mertajam. Sesungguhnya kelahiran puteriku ini mmg dinanti2kan oleh semua ahli keluarga. Dari semasa di dalam kandungan lg,aku telah berazam akan menyusukan bayiku ini dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah............. aku telahpun berjaya menyusukannya hingga kini iaitu 7 bulan dan insyaallah aku ingin meneruskannya selama yang mungkin.

MUHAMMAD AMMAR HUSAINI


MUHAMMAD AMMAR HUSAINI.............





MUHAMMAD AMMAR HUSAINI.............
Anak keduaku. Dilahirkan pada 5/8/2007 di Hospital Bukit Mertajam.Seorang yang aktif. Sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Dia inginkan semua keinginannya di turuti. Seorang yang penyayang akan MAMA, PAPA, ABANG & ADIKNYA. Ammar nie bersemangat tinggi,tp tak la setinggi orangnya....... Bersuara serak-serak basah & lantang.

Monday, July 19, 2010

MUHAMMAD ELMI HUSAINI

MUHAMMAD ELMI HUSAINI...........

Anakku yang sulung dari 3 orang adik-beradik. Seorang yang aktif, dalam masa yang sama seorang yang sangat manja & mudah menangis tetapi mudah dipujuk.
Tahun nie, Elmi dah berumur 4 tahun & aku telah hantarnya ke TADIKA TAPIS

Sunday, July 18, 2010

Tentang Diriku........

Nie merupakan percubaan pertama saya utk create blog. Alhamdulillah semuanya ok
Aku seorang GURU, WANITA, ISTERI kepada suami tercinta NORELHAM BIN MD NOR & MAMA kepada 3 orang cahaya mata (2 orang lelaki MUHAMMAD ELMI HUSAINI & MUHAMMAD AMMAR HUSAINI & seorang perempuan NUR AMNI SAFIYA.)

Mula bertugas sebagai seorang GURU di Marang, Terengganu pada 18/6/2001. Sekolah pertama saya di postingkan ialah SEKOLAH KEBANGSAAN KELULUT, MARANG, TERENGGANU. tetapi saya hanya di situ selama kurang lebih 6 bulan kerana sekolah tu penuh dah...........
Pada 1/1/2002, saya di tukarkan ke SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG, MARANG, TERENGGANU. Hampir 4 tahun saya di sana. Banyak pengalam suka dan duka saya perolehi di sana. Dari tak tau cakap loghat Terengganu, akhirnya saya boleh la di katakan pandai bercakap loghat Terengganu. Itupun setelah saya sedari yang memang saya amat perlu untuk menguasai loghat mereka. Yang menariknya, saya pelajari loghat Terengganu dari anak-anak muridku.Di sekolah itu, saya di tugaskan sebagai WARDEN ASRAMA DESA. Satu pengalaman yang tak dapat ku lupakan hingga ke hari ini. Saya di amanahkan dengan 25 orang murid perempuan di bawah penjagaanku.
Selepas 4 tahun saya di sekolah itu, saya memohon bertukar untuk mengikut SUAMIku (setelah di ijabkabulkan dengan SUAMIku pada tanggal 20/11/2004)ke Ipoh, Perak.







Permohonanku di luluskan dan saya pun bertukar ke Negeri Perak. Saya di tempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN SRI ISKANDAR, BOTA, PERAK. Saya hanya di situ selama 6 bulan dan saya memohon untuk bertukar sekali lagi untuk mengikut SUAMIku kali ini ke NEGERI KEDAH. Ceritanya begini, setelah aku bertukar ke SKSI, SUAMIku memdapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat IJAZAH di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH selama 3 tahun dan dalam masa yang sama saya disahkan MENGANDUNG anakku yang pertama. Perasaanku jadi tak menentu. Saya rasakan yang saya tidak kuat untuk mengharungi hidup berseorangan tanpa SUAMIku dengan dalam masa yang sama bayiku semakin membesar dalam perutku.

Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doaku untuk bertukar. Aku di tempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK. Sebuah sekolah yang cantik, mungkin sebbab bangunannya yang baru. Di situ, aku sempat bertahan selama 3 tahun sehingga SUAMIku tamat pengajiannya. SUAMIku kemudiannya dipostingkan semula ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIO MIN, KULIM. Sekali lagi aku memohon bertukar. Kali ini aku rasakan yang aku lagi tak kuat kerana aku perlu mengharungi kehidupan seharianku hanya bertemankan 2 orang anak kesayanganku (MUAHMMAD ELMI HUSAINI & MUHAMMAD AMMAR HUSAINI). Sebulan yang pertama setelah SUAMIku dipostingkan ke KULIM, setiap hari aku menangis kerana tak dapat nak sesuaikan diri dengan ketiadaan SUAMIku. Selama ini semua perkara di lakukan oleh SUAMIku. Tetapi kini, aku kena lakukannya sendirian. Namun begitu, setiap hujung minggu SUAMIku pasti akan pulang ke pangkuanku dan anak-anak. Terubat la sikit rasa rindu dan beban yang ku tanggung.

Alhamdulillah, sekali lagi permohonanku diluluskan. Kali ini aku di tempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN JUNJONG, KULIM, KEDAH.

Kini, kami bukan lagi berempat tapi sudah berlima. Cahaya mata perempuan yang ku nanti2kan selama ini telahpun kumiliki. NUR AMNI SAFIYA telah selamat ku lahirkan pada tanggal 4/12/2009 2 hari selepas suamiku menyambut ulangtahun kelahirananya iaitu pada 2/12... Terasa kini sudah lengkap keluargaku dengan kehadiran anak perempuanku. Semoga kamisekeluarga akan kekal bahagia selamanya di dunia dan di akhirat. Amin................