Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Sunday, July 18, 2010

Tentang Diriku........

Nie merupakan percubaan pertama saya utk create blog. Alhamdulillah semuanya ok
Aku seorang GURU, WANITA, ISTERI kepada suami tercinta NORELHAM BIN MD NOR & MAMA kepada 3 orang cahaya mata (2 orang lelaki MUHAMMAD ELMI HUSAINI & MUHAMMAD AMMAR HUSAINI & seorang perempuan NUR AMNI SAFIYA.)

Mula bertugas sebagai seorang GURU di Marang, Terengganu pada 18/6/2001. Sekolah pertama saya di postingkan ialah SEKOLAH KEBANGSAAN KELULUT, MARANG, TERENGGANU. tetapi saya hanya di situ selama kurang lebih 6 bulan kerana sekolah tu penuh dah...........
Pada 1/1/2002, saya di tukarkan ke SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG, MARANG, TERENGGANU. Hampir 4 tahun saya di sana. Banyak pengalam suka dan duka saya perolehi di sana. Dari tak tau cakap loghat Terengganu, akhirnya saya boleh la di katakan pandai bercakap loghat Terengganu. Itupun setelah saya sedari yang memang saya amat perlu untuk menguasai loghat mereka. Yang menariknya, saya pelajari loghat Terengganu dari anak-anak muridku.Di sekolah itu, saya di tugaskan sebagai WARDEN ASRAMA DESA. Satu pengalaman yang tak dapat ku lupakan hingga ke hari ini. Saya di amanahkan dengan 25 orang murid perempuan di bawah penjagaanku.
Selepas 4 tahun saya di sekolah itu, saya memohon bertukar untuk mengikut SUAMIku (setelah di ijabkabulkan dengan SUAMIku pada tanggal 20/11/2004)ke Ipoh, Perak.







Permohonanku di luluskan dan saya pun bertukar ke Negeri Perak. Saya di tempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN SRI ISKANDAR, BOTA, PERAK. Saya hanya di situ selama 6 bulan dan saya memohon untuk bertukar sekali lagi untuk mengikut SUAMIku kali ini ke NEGERI KEDAH. Ceritanya begini, setelah aku bertukar ke SKSI, SUAMIku memdapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat IJAZAH di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH selama 3 tahun dan dalam masa yang sama saya disahkan MENGANDUNG anakku yang pertama. Perasaanku jadi tak menentu. Saya rasakan yang saya tidak kuat untuk mengharungi hidup berseorangan tanpa SUAMIku dengan dalam masa yang sama bayiku semakin membesar dalam perutku.

Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doaku untuk bertukar. Aku di tempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK. Sebuah sekolah yang cantik, mungkin sebbab bangunannya yang baru. Di situ, aku sempat bertahan selama 3 tahun sehingga SUAMIku tamat pengajiannya. SUAMIku kemudiannya dipostingkan semula ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIO MIN, KULIM. Sekali lagi aku memohon bertukar. Kali ini aku rasakan yang aku lagi tak kuat kerana aku perlu mengharungi kehidupan seharianku hanya bertemankan 2 orang anak kesayanganku (MUAHMMAD ELMI HUSAINI & MUHAMMAD AMMAR HUSAINI). Sebulan yang pertama setelah SUAMIku dipostingkan ke KULIM, setiap hari aku menangis kerana tak dapat nak sesuaikan diri dengan ketiadaan SUAMIku. Selama ini semua perkara di lakukan oleh SUAMIku. Tetapi kini, aku kena lakukannya sendirian. Namun begitu, setiap hujung minggu SUAMIku pasti akan pulang ke pangkuanku dan anak-anak. Terubat la sikit rasa rindu dan beban yang ku tanggung.

Alhamdulillah, sekali lagi permohonanku diluluskan. Kali ini aku di tempatkan di SEKOLAH KEBANGSAAN JUNJONG, KULIM, KEDAH.

Kini, kami bukan lagi berempat tapi sudah berlima. Cahaya mata perempuan yang ku nanti2kan selama ini telahpun kumiliki. NUR AMNI SAFIYA telah selamat ku lahirkan pada tanggal 4/12/2009 2 hari selepas suamiku menyambut ulangtahun kelahirananya iaitu pada 2/12... Terasa kini sudah lengkap keluargaku dengan kehadiran anak perempuanku. Semoga kamisekeluarga akan kekal bahagia selamanya di dunia dan di akhirat. Amin................

No comments:

Post a Comment