Sekadar nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati......
Sepatutnya saya bergembira, tapi lani lain pulak perasaan saya. Saya memang sentiasa gembira atas apa-apa yang berlaku kepada diri saya sendiri & juga pada diri kawan-kawan saya. Terkadang, saya merasakan ada diantara mereka yang seakan mengambil kesempatan.....
Sukarnya untuk saya luahkan sebagaimana yang saya rasakan..... Pada suami lah tempat saya meluahkan segalanya. Suami saya merupakan seorang pendengar yang setia & dia akan mem,berikan kata-kata yang positif untuk setiap situasi yang saya hadapi.
Dikala ini, terus terang yang saya amat tak puas hati dengan beberapa kawan saya. Jika apa-apa pun yang berlaku, pada saya, periuk nasi kita perlu lah dijaga....Kerja kita ni (GURU) memang memerlukan banyak pengorbanan. Jika seorang guru yang tak hadir ke sekolah, hampir 100 murid tak belajar pada hari tu. Sebaliknya jika seorang murid yang tak hadir, tak menjadi sebarang masalah pun....
Wahai kawan- kawan ku, utamakan lah kerja kita. Nasihat ini juga saya tujukan buat diri saya sendiri sebagai peringatan untuk hari-hati yang mendatang.
Insyaallah, saya cuba untuk kekalkan prestasi saya kini & selamanya..... Jika tiada aral yang melintang ...Amin........
SEBAB TU GURU KENA IKHLAS MENGAJAR KERANA DOA SEORANG GURU PUN DITERIMA ALLAH SELAIN DORA IBU BAPA....TERIMA KASIH CIKGU....
ReplyDelete