Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Tuesday, March 1, 2011

Mood Yang Tak Menentu

Seminggu dua ni, mood saya agak kurang sikit, kenapa ntah....

Mungkin dalam hati ni asyik dok suspen aje sebab dok tunggu surat tawaran PPG tu. hampir setiap hari saya akan ke pejabat untuk bertanyakan tentang surat tawaran tu sama ada dah sampai ke belum. Rasa tak sabar-sabar untuk nak tau pilihan mana yang saya dapat. Terus terang saya katakan yang saya memang amat-amat berharap agar saya mendapat tawaran untuk Pendidikan Khas, tapi kalau dapat untuk Bahasa Inggeris pun tak pa, saya terima. Apa-apa pun yang penting permohonan saya dah pun diterima......

Disebabkan mood yang tak berapa elok ni, masa mengepam saya pun dah jadi tak menentu. Saya dapat rasakan yang pengeluaran susu saya dah agak berkurangan sikit. Kalau sebelum ni, sekali sesi mengepam saya akan dapat lebih kurang 6-7 oz. Tapi sejak minggu lepas susu saya dah tinggal 4oz. Saya akui memang saya agak stress sebab stok EBM saya dah semakin berkurangan......Saya dah cuba buat power pumping tapi hasilnya masih kurang. Saya tak akan berputus asa untuk meneruskan penyusuan buat Nur Amni Safiya sehingga 2 tahun. Insyaallah, hanya tinggal lagi 7 bulan untuk saya capai 2 tahun..... Apa- apa pun saya mesti teruskan jugak untuk menyusukan Amni hingga 2 tahun kerana ini adalah janji saya. Lagipun, saya dan suami telah bersetuju yang Amni adalah yang terakhir, so saya ingin memberikan yang terbaik buat Amni.

Apa-apa pun, saya akan lakukan yang terbaik dalam kerjaya, pengajian & penyusuan........INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment