Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Tuesday, April 26, 2011

Tanpa tajuk

Lepas sekolah tadi saya ke Tesco yang baru buka dekat dengan rumah saya ni. Niat dihati hanya nak beli 6 pek susu buat Elmi & Ammar. Memangpun pihak Tesco hanya benarkan 6 pek untuk 1 keluarga sahaja. Saya pun ambik la 6 pek tu. Sambil-sambil mata ni dok tengok jugak la kot-kot la ada apa-apa lagi barang yang saya perlukan. Akhirnya selain susu, saya juga beli 4 batang Cheese Stick, tisu basah, biskut marie kecil & susu pekat manis. Hanya itu aje barang yang saya rasa saya perlukan......

Lepas membayar, sambil nak keluar sempat jugak la saya jeling ke dalam sebuah kedai kasut. Dari jauh nampak macam ada yang berkenan. Tapi disebabkan dengan adanya troli jadi susah la sikit saya nak masuk untuk tengok kasut tu. Tak pa la, mungkin hari lain pulak la saya pi nak tengok kasut tu. Harap nanti tu, kasut yang saya berkenan tu masih ada saiz untuk saya......


Monday, April 25, 2011

Macam-macam ada.....

Minggu ni merupakan minggu yang memenatkan. Minggu ni ada Launching for English Week for my school (kelmarin). Selesai bab pelancaran, tapi aktiviti-aktiviti lain sedang menanti untuk dijalankan. Nak katakan 'grand' sangat pun tak la, cuma in my heart saya berharap aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan dibawah pimpinan saya sebagai Head Of Panel akan sukses hendaknya....(insyaallah, gambar-gambar kan saya uploadkan kemudian)

Dalam kesibukan dengan English Week, saya juga terkejar-kejar dengan nak buat assignment. Secara jujurnya saya ni masih lagi 'blur' macam mana nak buat assignment. Berforum dah pandai la sikit-sikit. Anak-anak pun, bila saya start nak buat assignment mula la tanya itu dan ini. Tu kira ok la bila hanya bertanya, tapi bila sampai 1 tahap depa buat perangai bergaduh berebutkan sesuatu @ ada la yang masing-masing tak puas hati, hanya Allah aje yang tahu betapa geramnya dalam hati ni......

Mulai minggu lepas, saya balik dari sekolah terus ambik anak-anak saya. Tak lagi macam sebelum ni, saya akan balik berehat sekejap dulu lepas tu baru la saya pi ambik anak-anak. Alasan kenapa saya buat macam tu ialah, malas nak keluar 2,3 kali . Sambil tu boleh jimat masa untuk nak tumpukan dengan assignment walaupun terpaksa berperang dengan anak-anak.

Untuk mengejar cita-cita nak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, nampak gayanya banyak perkara yang perlu saya korbankan. Saya perlu bijak membahagikan masa untuk KELUARGA, KERJA & BELAJAR...

Sunday, April 17, 2011

Birthday Elmi......

Sepatutnya entri ni dah lama saya update, tapi disebabkan kesibukkan yang agak melampau, so hari ni la baru berkesempatan nak update...
Biarlah gambar yang berbicara....


Berjaya juga akhirnya....

Ahamdulillah, berjaya jugak akhirnya untuk saya ditawarkan ke UPSI.

Apa-apa pun, saya masih lagi keliru berkaitan dengan macam mana nak buat tugasan, nak berforum, nak masuk e-learning pun tak reti...

Ada sapa-sapa dak yang boleh tolong saya? Tolong!!!!!!!!!

Kursus pun belum daftar lagi, mcm mana ni, nanti saya tak boleh nak ambik exam pulak..

Esok, saya kena call UPSI untuk nak selesaikan apa yang sedang berserabut dalam kepala ni....

Harap semuanya akan terjawab esok...

Friday, April 15, 2011

Menanti dan menanti...

Penantian memang satu penyeksaan....
Sampai kejap tadi, masih jugak tak dak nama saya dalam website UPSI...
Dulu masa UUM tak pulak macam ni. Mungkin ini lah nasib kes rayuan( rayuan ke-2 pulak tu)...
Takut pun ada gak, mana la tau, silap-silap haribulan nama saya tak tersenarai dalam senarai yang merayu ni.
Dah la sebelum ni, kecoh-kecoh nak tukar pusat pengajian dari UUM ke yang terdekat. Alih-alih dapat UPSI Jitra. Alhamdulillah....... sebab dah jimat hampir 40 km jika nak dibandingkan nak ke UUM.
Harap-harap la, saya berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah ni.....Amin......
Apa-apa pun, sya akan terus semak dari masa ke semasa....

Friday, April 8, 2011

........

Dah lama saya tak update blog saya ni.....
Dengan kesibukan yang melempau, sampai tak sempat pun nak berinteraksi thru internet.
Insyaallah, lani dah kurang dah sikit aktiviti harianku.......so, boleh la saya update kerap sikit..