Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Monday, April 25, 2011

Macam-macam ada.....

Minggu ni merupakan minggu yang memenatkan. Minggu ni ada Launching for English Week for my school (kelmarin). Selesai bab pelancaran, tapi aktiviti-aktiviti lain sedang menanti untuk dijalankan. Nak katakan 'grand' sangat pun tak la, cuma in my heart saya berharap aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan dibawah pimpinan saya sebagai Head Of Panel akan sukses hendaknya....(insyaallah, gambar-gambar kan saya uploadkan kemudian)

Dalam kesibukan dengan English Week, saya juga terkejar-kejar dengan nak buat assignment. Secara jujurnya saya ni masih lagi 'blur' macam mana nak buat assignment. Berforum dah pandai la sikit-sikit. Anak-anak pun, bila saya start nak buat assignment mula la tanya itu dan ini. Tu kira ok la bila hanya bertanya, tapi bila sampai 1 tahap depa buat perangai bergaduh berebutkan sesuatu @ ada la yang masing-masing tak puas hati, hanya Allah aje yang tahu betapa geramnya dalam hati ni......

Mulai minggu lepas, saya balik dari sekolah terus ambik anak-anak saya. Tak lagi macam sebelum ni, saya akan balik berehat sekejap dulu lepas tu baru la saya pi ambik anak-anak. Alasan kenapa saya buat macam tu ialah, malas nak keluar 2,3 kali . Sambil tu boleh jimat masa untuk nak tumpukan dengan assignment walaupun terpaksa berperang dengan anak-anak.

Untuk mengejar cita-cita nak melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, nampak gayanya banyak perkara yang perlu saya korbankan. Saya perlu bijak membahagikan masa untuk KELUARGA, KERJA & BELAJAR...

1 comment:

  1. itulah dugaan yang terpaksa sollehatun hadapi bagi mencapai kejayaan....

    ReplyDelete