Ingatkan dah boleh menarik nafas lega (buat sementara aje la) rupanya tidak. Lepas hantar tugasan sahsiah hari tu, saya dah plan nak buat yang kenegaraan pulak sebab datelinenya 30/5 ni. Tapi alih-alih, ada kawan yang call tanya pasai tugasan pecahan 2 ni. Saya tak perasan pulak datelinenya24/5 (kelmarin). Tapi nasib baik la ada jugak rakan-rakan yang tolong ingatkan, kalau tidak, alamat tak siap apatah lagi nak hantar. Apalagi tak cukup kaki tangan la dibuatnya. Saya sempat cari rakan-rakan yang sama opsyen dengan saya. Alhamdulillah....saya bertemu dengan Lim Mei Fong aka Nur Alia dalam forum. Kami berkerjasama dari jarak yang jauh ( belajar PJJ la katakan). Kami bahagikan tugasan yang nak diselesaikan, tapi yang banyak memberi komitment dalam menyelesaikan tugasan ini ialah Lim Mei Fong aka Nur Alia. Saya hanya touch up sana sini aje.
Sedih + risau saya bermula tepat 12.00 tengah malam semalam. Masa untuk menghantar tugasan ini telahpun TAMAT TEMPOH. Kami berdua tak sempat nak hantar tugasan ini. Kami cuba menghantar menerusi email, namun gagal (kenapa ntah, mungkin banyak fail sangat kot - nama pun 6 komponen untuk 4 rph)).
Pagi ni, saya bergoogle talk dengan Alia dan kami sepakat nak baiki apa yang patut dan kami akan cuba hantar hard copy kepada pensyarah kami tu. Tapi sebelum tu, tengahari nanti saya akan cuba telefon pensyarah kami tu untuk minta pendapat beliau. Harap dia dapat la terima tugasan kami ni walaupun lewat. Kami amat risau kerana tugasan bagi subjek ni 60%.
Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan semoga perjalanan kami (pelajar-pelajar PPG-UPSI) akan berjalan dengan baiknya sehingga kami semua tamat pengajian kelak nanti.
bersabar...itulah dugaan n cabaran ketika belajar...semoga pensyarah terima assignment tu
ReplyDelete