Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Monday, July 25, 2011

Ketua......

Esok saya akan hadiri satu taklimat di PPDKBB untuk Ketua-Ketua Pengawas UPSR. Terus-terang saya katakan yang saya berasa sangat nervous sebab tahun ni saya akan jaga di SK Air Merah. Sekolah yang prestasi UPSRnya tahun lepas paling tinggi dalam Daerah Kulim Bandar Baharu. Sebaik saja saya dimaklumkan yang saya akan mengawasi sekolah itu, mula la rasa tak senang duduk. Bukannya apa, tanggungjawab yang agak mencabar jugak buat saya dan anak-anak buah saya nanti dalam memastikan kelancaran semasa peperiksaan berlangsung pada 13,14 & 15 September 2011 nanti. Insyaallah...




Tahun ini, saya masih lagi dibawah penyeliaan Cikgu Zulkifli sebagaimana tahun lepas. Saya berasa mudah bekerjasama dengannya. Dibawah saya terdapat 8 orang pengawas yang akan bersama-sama mengawasi pusat peperiksaan SK Air Merah yang mana mereka menggunakan 1 dewan peperiksaan dan 3 bilik darjah.

puasa....

Hari ni merupakan hari ke-8 saya berpuasa. Bukannya sebab nak ganti tapi sebab nak biasakan diri untuk nak sambut bulan Ramadan yang akan menjelang tak berapa hari aje lagi. Alhamdulillah, setakat ini saya dah boleh membiasakan diri. Masa hari pertama & kedua baru ni,l hanya Allah aje yang tahu. Betapa dahaganya saya. Ini disebabkan saya ni memang seorang yang banyak minum air. Dalam sehari saya akan minum lebih kurang 3 liter air. Kalau tak kerana menyusukan Nur Amni Safiya pun, saya memang kuat minum air. Jadinya saya paksakan diri untuk berpuasa sebagai persediaan untuk betul-betul berpuasa di bulan Ramadan nanti. 

Sejak berpuasa, pengeluaran susu badan saya memang agak berkurangan.kalau sebelun ini sekali pam saya akan dapat 6oz tapi sejak puasa saya hanya dapat 4oz. Memang sebelum ni pun pengeluaran susu badan saya dah agak kurang. Walaupun begitu saya tak mudah melatah. Saya yakin masih ada lagi rezeki buat anak saya walaupun agak kurang. Nur Amni Safiya pun seakan tahu yang susu Mamanya kini makin kurang, dia tak pernah merengek dsb.....Masa menyusu, lepas puas sebelah kanan saya kan tawarkan sebelah kiri pulak, tapi dia akan kata "dah". Jadi inilah masanya saya nak tambah stok, saya akan pam tak kira sedikit ataupun banyak.

Kini telah 1 tahun 7 bulan Nur Amni Safiya saya susukan. Saya berasa bangga kerana dapat menyusukannya selama ini. Jika nak dibandingkan dengan Muahmmad Elmi Husaini & Muhammad Ammar Husaini, mereka hanya saya susukan hingga 8 bulan aje....Sesekali terdetik dihati saya sedikit penyesalan kerana tak dapat memberikan yang terbaik buat mereka. Namun saya cuba untuk tebus kembali dengan memberi kepada mereka sepenuh kasih sayang & pendidikan yang terbaik. Insyaallah.........

Sunday, July 10, 2011

Selamat sudah....

Alhamdulillah......selamat sudah saya menempuahi peperiksaan bagi semester 1 ini.... baru 3 subjek tapi macam 5-6 subjek. Mungkin sebab minda masih belum bersedia (alasan aje tu ).

Seawal pukul 5 pagi, kami sekeluarga telah bertolak ke Perlis. Destinasi kami iaitu IKM Beseri, Perlis. Berhenti sekejap kat R&R Gurun untuk sembahyang Subuh dan terus meneruskan perjalanan. Sampai kat IKM tu lebih kurang pukul 8.35, berehat sekejap sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Peperiksaan pada pagi itu bermula pada pukul 9.00 pagi dengan subjek Kenegaraan. Saya tak banyak membaca ditambahkan pulak saya hanya belajar subjek Sejarah masa dibangku sekolah menegah dulu hingga Tingkatan 3 aje. So lagi la agak bermasalah kepada saya kerana kurang tahu tentang SEJARAH....

Thursday, July 7, 2011

Mood nak periksa...

Dah lama tak berkunjung kat sini. Punya la sibuk tahap gaban, kerja bertimpa-timpa sampaikan tak tau nak buat yang mana dulu. Saya ni pulak jenis yang agak lambat sikit dalam nak selesaikan apa-apa kerja pun ( kadang-kadang tu suka bertangguh, tapi tetap siap jugak akhirnya ). Nak kata sempurna sangat pun tak la jugak tapi kira boleh berpuashati la....

Tinggal lagi 2 hari saya akan periksa untuk semester 1 ni. STUDY.......hahaha, memang saya tak study, saya cuma baca sekali lalu aje modul-modul tu. Ntah la, nak katakan tak berminat.........memang saya yang beria-ia nak sambung belajar. Tapi...hentah la ( kata anakku -Ammar ). Mungkin sebab minda saya ni masih belum betul-betul bersedia dengan tugasan, ujian, peperiksaan & forum. Namun saya tetap laksanakan sedaya yang saya mampu.

Sebut pasal peperiksaan ni, memang membuatkan saya tension sebab nak kena pi ambik peperiksaan kat PERLIS. Jauh tu......Geram la, ini semua terjadi disebabkan ada diantara pelajar yang tak daftar pusat peperiksaan. Jadinya pihak UPSI tak boleh la nak tempatkan mengikut tempat yang didaftar. Terpaksa la suami saya ambik cuti sebab nak hantarkan saya sekaligus nak mengasuh anak-anak kami. Suami saya telah tempah bilik kat Hotel Seri Malaysia kat kangar. tapi bila difikirkan balik, ada baiknya jugak saya ambik peperiksaan kat Perlis tu sebab....... Ammar asyik dok sibuk nak pi dok HOTEL. Insyaallah, akan tercapai la hasrat dia nak dok hotel & bagi Elmi pulak akan tercapai la jugak hasrat dia nak mandi kolam....

Ok la, nak sambung study (kononnya la, hehehe ).....