Kelmarin, pertama kalinya saya ke Family Expo kat PISA. Kalau sebelum ni, saya hanya tengok dalam TV, majalah, FB & dengar cerita dari kawan-kawan aje. Tapi kelmarin, impian menjadi kenyataan.
Pada asalnya saya hanya nak ke sana untk dapatkan botol susu Avent buat Nur Amni Safiya. Daripad apa yang saya dengar, barangan kat expo memang selalunya murah-murah.
Memang betul apa yang dikatakan. 3 biji botol 4oz hanya RM65.50, sedangkan kalau harga sebenar RM111.50. Jauhkan bezanya, boleh la berjimat sikit (walaupun dah di umumkan hujung tahun ni akan dapat bonus). Bonus tu saya nak gunakan untuk buat langsir nak masuk rumah baru kami nanti, Insyaallah...
Habis semua booth saya pusing, tapi tak la singgah lama pun. Niat dihati masa sebelum pi, nak la singgah kat beberapa booth untuk nak sembang-sembang sikit tentang bab-bab penyusuan susu ibu. Tapi disebabkan saya bawak gerabak kereta apa yang panjang & ditambahkan dengan masa yang agak terhad sebab suami nak menunaikan solat Jumaat, maka walaupun tak berapa puas nak menghayati semua yang ada kat sana, namun saya rasa dak ok la....
Lepas beli botol, sambil-sambil nak keluar dari PISA, saya sempat singgah kat booth PUREEN dan ini yang sempat saya beli. Semua ini memang barangan kegunaan harian anak-anak saya....Saya memang sukakan barangan Pureen ni...
Apa ye dalam ni?????
Ini dia.....
Kegunaan harian anak-anakku....
Free gift dari booth Pureen
Lepas membeli dan membelah, saya pun keluar la dari PISA menuju ke masjid. Harapan saya agar lepas ni saya akan berkesempatan lagi ke expo macam ni....Insyaallah.....
No comments:
Post a Comment