Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, December 29, 2010

Breastpump......

Mcm mana  ye nak mulakan....

Ada sorang kenalan sy sms sy semalam bertanyakan jenama breastpump yg sy gunakan.Dia bertanya bg pihak adiknya yg boleh dikatakan br aje la dpt baby(dah lepas pantang pun), tp ada masalah baby dia tak nak FM bl ditinggalkan dgn pengasuh. Baby dia sanggup berlapar hingga dia balik keje.
( kesiannya kat baby tu kan). Dia menyusukan babynya kat rumah & bl cuti aje Sy pun bagitau yg sy guna Spectra3.....

Sejurus selepas tu dia sms lagi nak mintak alamat kat mana sy beli pam tu...Mulanya sy nak bgtau tp bl sy terpikir balik, kenapa nak beli pam yg mahal sedangkan ada yg murah. Alasan mengapa sy berkata mcm tu ialah kerana pam yg murah pun bagus jugak asalkan kita betul2 nak menyusukan baby kita. sy sendiri pun masa anak yang pertama dulu pun hanya menggunakan jenama Pureen yang manual. alhamdulillah....sy berjaya jugak susukan baby sy tu hingga 7 bln walaupun tak eksklusif. 

Moralnya pam yang murah @ mahal bukan la pengukur untuk kita menjayakan penyusuan susu ibu......

Sy menggunakan Spectra3 ni pun sbb nak jimatkan masa dgn double pumping sbb masa rehat sy sebagai Guru amatlah terhad...

3 comments:

  1. saya setuju tu...sebenarnya pump bukan pengukur berjaya ke tak penyusuan tu..cuma ia boleh membantu memudahkan penyusuan...mcm saya just pakai avent manual jer...alhamdulillah..dah nak masuk 11 bulan baby arissa bf saya..syukur....

    salam kenal yer..

    ReplyDelete
  2. Ermmm...sebenarnya pemilihan breastpump yang bagus dan betul mempengaruhi kejayaan penyusuan seseorang tapi tidak semua. Bila kita tidak mahir akan sesuatu breastpump kadang-kala ia buatkan kita jadi lemah smgt nak teruskan penyusuan tapi ia bergantung juga. Ada ibu yang mampu menyusukan anaknya lebih 2 tahun tanpa 1 breastpump pon dan dia pula adalah seorang DOKTOR yang mana kerjanya tidak tentu masa. Semasa saya berkursus untuk dptkan tauliah Peer Counselor, LC kami adalah seorang doktor yang memerah selama 2 tahun dan boleh buat stok...ajaibkan sbb dia nekad, kuat smgt.

    ReplyDelete
  3. matlamat mesti jelas. akak boleh. yieeh!

    ReplyDelete