Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Monday, February 21, 2011

Alhamdulillah, Akhirnya.............

Alhamdulillah.........

Akhirnya penantian saya selama ini berbaloi jugak. Selama ini ibarat menunggu buah yang tak pasti gugur. Permohonan saya untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) telah disahkan DAN yang paling penting berjaya ditawarkan.

TAHNIAH !

ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU BAGI AMBILAN 2011.

MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

NOKP                          : 800630075214
NAMA                         : SOLLEHATUN BINTI AHMAD ZUBIR
SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH INSTITUSI YANG MENAWARKAN PENGAJIAN DALAM MASA TERDEKAT.
Rasa macam nak canang seluruh dunia. Tapi agak keterlaluan la, nanti apa orang kata riak pulak. Baru dapat tawaran nak sambung Ijazah, dan riuh sana sini, sedangkan ada diantara kawan-kawan saya yang dah ada Master & dok tengah sambung PhD lagi. Tapi depa tu tak la bising-bising pun.

Apa-apa pun, saya sungguh bersyukur pada ALLAH kerana telah makbulkan permintaan saya. Buat suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat.....
Insyaallah, saya akan lakukan yang terbaik untuk menggenggam segulung Ijazah.....Amin....

Wednesday, February 16, 2011

Debaran......Tunggu....

Alahai.........

Makin berdebar la saya rasa. Sepatutnya 15hb (kelmarin) dah boleh tau dah sama ada dapat ke tak tawaran PPG tu, tapi ditangguhkan pulak hingga 21hb ni (Isnin). Kelmarin, saya ni punya kejap-kejap buka website tu nak check, mana la  tau kot ada dak keputusan semakan PPG tu. Sampai pagi tadi pun saya masih dok try nak check lagi. Tapi, hampa belaka......Lepas sorang kawan saya bagi tau yang dia dapat info lepas call Unit Pengambilan yang 21hb ni baru boleh buat semakan. Lagi lama menunggu lagi la membuatkan saya rasa macam tak ada peluang aje.....Dalam hati ni, hanya Allah aje yang tahu betapa tak tenteramnya...

Apa-apa pun terpaksa la saya tunggu jugak sampai 21hb ni. Insyaallah, harap ada  la rezeki yang menyebelahi saya...Amin...........

Monday, February 14, 2011

......Debaran.......


Berdebarnya……………Berdebarnya nak tunggu 15.2.2011 (esok).  Penantian hampir 1 bulan untuk saya tau sama ada saya akan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG). Harap sangat agar dapat, tapi kalau tak dapat……..maknanya tak ada  la rezeki saya . Saya kena cuba lagi la……

Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan, kita ni kena sentiasa berfikiran positif  dan mendang kehadapan. Bila berfikiran positif, insyaallah semuanya akan menjadi seperti yang kita inginkan……..
Sebenarnya, sedari awal saya mengisi borang dulu pun lagi, hati saya ni macam berbelah bagi. Kalau dapat nanti, boleh ka saya lakukan. Maklum la dah lama meninggalkan zaman membaca buku dan menduduki peperiksaan sebab PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) pun berkali-kali saya ambil, tapi tak jugak lulus……Adakah semua ini ditentukan oleh nasib?  Tapi kadang-kadang, nasib boleh diubah…..

Oleh itu, berfikiran positif la wahai SOLLEHATUN…….Insyaallah segala yang berlaku ada hikmahnya……

Tumpang Gembira

Sukanya dalam hati..........
Sepatutnya entri ni saya postkan 2 hari yang lalu,  tapi disebabkan internet slow sangat.....

Saya dapat tau yang kawan saya semasa sama-sama mengajar kat SK Merchang, Terengganu dulu telah mengandung. Saya ni bila dengar aje sapa-sapa mengandung, saya pun tumpang gembira jugak. Tapi saya dah cukup la dengan 3 orang cahayamata yang ada ni....(hehehehe). Kira pangkat adik la dia tu. Namanya Nurul Hafizah Binti Zakaria. Bulan 6 tahun lepas saya dan family pi ke majlis perkahwinannya di Ipoh. Suaminya orang Sarawak.
Saya SMS dia untuk ucap tahniah.....Dia pun mintak la petua semasa mengandung dan selepas bersalin (Alhamdulillah, pengalaman mengandungkan ketiga2 anak saya, saya tak mengalami sebarang masalah dan alahan. Semasa pantang pun saya tak berapa mengikut pantang orang2 tua sangat dari segi pemakanan sebab Mama saya kata (bekas Jururawat), kena makan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan jugak baby-saya menyusukan baby so air memang saya minum banyak. Kalau minum sikit aje, mana nak ada susu. Mama saya sentiasa menyediakan makanan yang memang berkhasiat untuk saya semasa berpantang).  Saya pun balas SMS dia, saya kongsi la serba sikit pengalaman yang saya ada dengan dia....
.
Dia jugak sangat berminat untuk menyusukan babynya nanti. Alangkah seronoknya saya bila ada kawan2 yang mempunyai niat untuk menyusukan baby....Saya doakan setelah dia melahirkan babynya nanti, dia akan dapat menyusukan babynya seperti saya, Insyaallah.............

Thursday, February 10, 2011

Tension........

Tensionnya........ dah la hari ni mood tak berapa elok, dapat pulak surat cinta ( nak kena relief kelas ). Hari ni jadual saya dah packed sangat dah ( 7 waktu ) masih lagi nak kena relief kelas. Keseluruhan jadual saya sendiri pun dah memang packed ( 900 minit seminggu ). Saya antara guru yang paling banyak minit mengajar untuk seminggu. Dulu masa awal-awal sekolah, dah di bagitau yang guru-guru yang minit mengajarnya banyak, tak akan dapat relief, tapi start minggu lepas saya dah dapat relief....Apa dah jadi ni, cakap tak serupa bikin la...

Rasanya masih ada lagi guru lain yang boleh di bagi relief ....Tapi nak buat macam mana, tension setara mana pun, tetap kena masuk jugak. Ini la nasib orang bawahan, boleh di perlakukan seperti bola.
WAKTU
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
HARI
7.45
8.15
8.45
9.15
9.45
10.15
10.45
11.15
11.45
12.15
12.45
1.15
AHAD
PER
BI 2J1
BI 5J1
BI 2J2
R

BI
5J2




ISNIN
BI
2J2
BI 5J2

E
BI
2J1

BI 5J1



SELASA
B1 5J2


BI 2J1
H
BI
2J2



BI 5J1

RABU
BI
5J1
BI
2J1
A
BI 2J2
BI
5J2




KHAMIS
BI
2J1
BI
2J2
T

BI
5J1


BI 5J2



 Ini la jadual individu saya....packed kan?

Monday, February 7, 2011

Monday Blues...

Selepas 4 hari bercuti sempena Tahun Baharu Cina, hari ni saya kembali bertugas. Ntah mengapa terasa malas aje....Dah la tadi pagi bangun lewat, macam lipas kudung jadinya terkejar2 banyak perkara yang belum settle.
Disebabkan bangun agak lewat, saya tak sempat nak jalankan rutin setiap pagi (mengepam susu). Sebelum ni pun pernah jugak saya bangun lewat tapi tak la selewat pagi tadi. Janji dah kat diri ni, tak mau bangun lewat lagi bila hari bekerja. Rasa lenguh seluruh badan, mungkin sebab banyak sangat jalan-jalan makan kenduri (alasan aje tu).

Sampai aje kat sekolah tadi, tengok atas meja......Alaaaaaaa banyaknya keja yang nak kena settle. Soalan Ujian 1 nak kena siapkan sebelum atau pada 10/2/2011 (sempat ke). Kontrak Latihan Murid yang belum siap lagi, hanya Tahun 5 aje yang dah siap, Tahun 2 belum sentuh pun lagi. Apa nak jadi ni.......SOLLEHATUN?

Saya kena segera bertindak untuk selesaikan semua tugasan yang tertangguh ni. Kalau masih bertangguh jugak makin banyak la kerja yang akan menyusul....