Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Monday, February 14, 2011

Tumpang Gembira

Sukanya dalam hati..........
Sepatutnya entri ni saya postkan 2 hari yang lalu,  tapi disebabkan internet slow sangat.....

Saya dapat tau yang kawan saya semasa sama-sama mengajar kat SK Merchang, Terengganu dulu telah mengandung. Saya ni bila dengar aje sapa-sapa mengandung, saya pun tumpang gembira jugak. Tapi saya dah cukup la dengan 3 orang cahayamata yang ada ni....(hehehehe). Kira pangkat adik la dia tu. Namanya Nurul Hafizah Binti Zakaria. Bulan 6 tahun lepas saya dan family pi ke majlis perkahwinannya di Ipoh. Suaminya orang Sarawak.
Saya SMS dia untuk ucap tahniah.....Dia pun mintak la petua semasa mengandung dan selepas bersalin (Alhamdulillah, pengalaman mengandungkan ketiga2 anak saya, saya tak mengalami sebarang masalah dan alahan. Semasa pantang pun saya tak berapa mengikut pantang orang2 tua sangat dari segi pemakanan sebab Mama saya kata (bekas Jururawat), kena makan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan jugak baby-saya menyusukan baby so air memang saya minum banyak. Kalau minum sikit aje, mana nak ada susu. Mama saya sentiasa menyediakan makanan yang memang berkhasiat untuk saya semasa berpantang).  Saya pun balas SMS dia, saya kongsi la serba sikit pengalaman yang saya ada dengan dia....
.
Dia jugak sangat berminat untuk menyusukan babynya nanti. Alangkah seronoknya saya bila ada kawan2 yang mempunyai niat untuk menyusukan baby....Saya doakan setelah dia melahirkan babynya nanti, dia akan dapat menyusukan babynya seperti saya, Insyaallah.............

No comments:

Post a Comment