Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Wednesday, May 25, 2011

sedih + risau

Ingatkan  dah boleh menarik nafas lega (buat sementara aje la) rupanya tidak. Lepas hantar tugasan sahsiah hari tu, saya dah plan nak buat yang kenegaraan pulak sebab datelinenya 30/5 ni. Tapi alih-alih, ada kawan yang call tanya pasai tugasan pecahan 2 ni. Saya tak perasan pulak datelinenya24/5 (kelmarin). Tapi nasib baik la ada jugak rakan-rakan yang tolong ingatkan, kalau tidak, alamat tak siap apatah lagi nak hantar. Apalagi tak cukup kaki tangan la dibuatnya. Saya sempat cari rakan-rakan yang  sama opsyen dengan saya. Alhamdulillah....saya bertemu dengan Lim Mei Fong aka Nur Alia dalam forum. Kami berkerjasama dari jarak yang jauh ( belajar PJJ la katakan). Kami bahagikan tugasan yang nak diselesaikan, tapi yang banyak memberi komitment dalam menyelesaikan tugasan ini ialah Lim Mei Fong aka Nur Alia. Saya hanya touch up sana sini aje.

Sedih + risau saya bermula tepat 12.00 tengah malam semalam. Masa untuk menghantar tugasan ini telahpun TAMAT TEMPOH. Kami berdua tak sempat nak hantar tugasan ini. Kami cuba menghantar menerusi email, namun gagal (kenapa ntah, mungkin banyak fail sangat kot - nama pun 6 komponen untuk 4 rph)).

Pagi ni, saya bergoogle talk dengan Alia dan kami sepakat nak baiki apa yang patut dan kami akan cuba hantar hard copy kepada pensyarah kami tu. Tapi sebelum tu, tengahari nanti saya akan cuba telefon pensyarah kami tu untuk minta pendapat beliau. Harap dia dapat la terima tugasan kami ni walaupun lewat. Kami amat risau kerana tugasan bagi subjek ni 60%.

Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan semoga perjalanan kami (pelajar-pelajar PPG-UPSI) akan berjalan dengan baiknya sehingga kami semua tamat pengajian kelak nanti.

Banyak sungguh cabaran dan dugaan walaupun baru di semester 1. ......

Monday, May 23, 2011

Hantar dah...

Alhamdulillah, saya dah pun selamat hantar Tgasan 2 & 3 bagi subjek Pembanguan Sahsiah. Mencabar sungguh disaat-saat akhir sebab, masa ni jugak la Nur Amni Safiya asyik nak bergayut aje. Macam mana la, punya la kelam kabut, 1 tangan nak pangku dia & 1 tangan lagi nak taip ayat-ayat terakhir....

Apa-apa pun saya redha dengan markah yang bakal pensyarah bagi. Ini lah cabaran menyambung pengajian & dalam masa yang sama mengurusakan rumah tangga....terutamanya Nur Amni Safiya yang asyik nak bergayut, bergantung aje dengan saya..

Ada lagi 4 tugasan yang sedang menanti saya untuk disiapkan, insyallah harap kali ni taka akan jadi kelam kabut lagi la.....

Saturday, May 21, 2011

Assignment

Adoiiiiiii sakitnya kepala. Bila la nak siapkan assignment ni, esok dah nak kena hantar. Sempat ke tak pun tak tau la, tapi harap2 tu sempat la.....


Saya kena belajar dari kesilapan yang mana jangan tangguhkan kerja kerana kerja memang sentiasa menanti untuk diselesaikan. Minggu lepas dengan assignment BInya, minggu ni assignment sahsiah pulak. sebenarnya saya bukannya berapa faham sangat pun dengan apa kehendak soalan, apa nak dikata, hentam la jawabnya.....

Lepas hantar assignment sahsiah ni esok, ada lagi yang menanti untuk disiapkan dan dihantar iaitu assignment kenegaraan, ada 2 pulak tu. Lepas tu assignment BI yang interview pulak. Soalan dah ada tapi masih tercari-cari siapa yang nak diinterview. 

GB? boleh la kot. Tapi tak tau la dia nak ke tak. Paln saya ialah, saya akan bagi soalan2 interview tu kat dia dan dia pilih la soalan mana yang dia nak jawab......

Esok saya dah kena bagi la soalan tu kat GB, masa dah suntuk dah ni.
Sollehatun, segeralah kamu sedar yang masa sedang mencemburui kamu.....

Cekalkan hati demi menggenggam segulung ijazah...

Monday, May 16, 2011

Elmi & Ammar Sports Day

14/5/2011(Sabtu).....
Elmi & Ammar punya la semangat nak pi bersukan kat Stadium Keladi. Kejap-kejap asyik dok tanya, mama tau ka Stadium Keladi tu kat mana. Punya la excited nak pi bersukan.....
Seawal 7.15, saya suruh suami saya untuk pi hantar anak-anak saya dulu ke stadium. Dengan alasan takut terlewat sebab memandangkan akan ramai orang kat sana.
Lepas hantar anak-anak, suami saya balik semula untuk ambik saya dan Amni untuk ke stadium. Sampainya kami kat sana, acara perbarisan telahpun bermula hanya menunggu untuk acara perasmian dan acara sukan bermula.
Elmi masuk acara bawa bola pingpong dalam sudu & Ammar masuk acara memasukkan bola pingpong ke dalam bakul.
Layan aje la gambar-gambar ni sebab dah tak berapa ingat la apa lagi yang dah berlangsung hari tu.....


Wednesday, May 11, 2011

Dapat jugak akhirnya........

Setelah agak lama mencari, akhirnya dapat jugak saya memiliki buku ini. Selalunya, bila pergi aje ke kedai, agak mengecewakan kerana buku ini telah habis stok....
Baru-baru ni saya ke sebuah kedai 
.
.
.
.
.
DAN
.
.
.
.

saya ternampak buku ini dirak. Apa lagi terus aje saya capai buku ni. Dalam hati ni, punya la gembira. 
Nak tahu buku apa?




.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
Inilah bukunya.......

 Banyak tips yang berguna baut tatapan saya  dalam membesarkan anak-anak saya..

Saturday, May 7, 2011

Mamaku.....

Tak banyak sebenarnya gambar saya bersama Mama saya.....Sambil-sambil dok belek-belek folder, terjumpa gambar ni. Kalau tak silap gambar ni kat Alamanda, Putrajaya.

Selamat Hari Ibu.....


Lagu ini saya tujukan buat Mamaku (Hazizah Binti Ahmad). Semoga panjang umur & muraha rezeki. Sesungguhnya, jasamu akan sentiasa ku kenang.......

Wednesday, May 4, 2011

Elmi & Ammar vs Kasut .....

Taska Tapis akan mengadakan Sukan Tahunan mereka pada 14/5/2011 iaitu hari Sabtu. Elmi & Ammar pun punya la excited suruh beli kasut. Elmi & Ammar kata cikgu suruh beli "kasut putih". Saya dan suami pun bersetuju untuk belikan kasut tu hujung minggu ni. Tapi kelmarin, lain pulak jadinya, Ammar tiba-tiba dok desak suru beli "kasut putih" tu. Suami saya ni, tak suka anak-anak dok merengek-rengek. So, lepas maghrib semalam maka keluar la kami sekeluarga ke pekan Kulim dengan agenda yang beli "kasut putih".

Masa dalam kereta, Elmi ada kata, 'Elmi nak kasut yang macam Abe(kawan kelas dia), kasut dia warna biru & putih".

Ammar pulak mencelah, ' cikgu suruh beli kasut putih la'.
Betekak jugak la dua beradik ni.........

Sampai ke kedai yang dituju, suami saya turun dulu nak survey samada kasut yang dicari tu ada ataupun tak. 2,3 kedai jugak la kami mencari, akhirnya bertemu jugak dengan kasut yang saya & suami rasa sesuai buat anak-anakku....

Balik dari kedai tu, sempat lagi la anak-anakku ni bergaya dengan kasut tu sebelum masuk tidur....

Pagi ni, Elmi yang bangun dulu. Kalau selalunya, Elmi la yang paling lewat bangun)bukan dia tak sedar cuma suka dok mengeram). Bangun aje, terus dapatkan kasut. Belek sana belek sini, kejap pakai kejap buang. Itu la budak-budak, cewi lebih la katakan.

So, pagi ni kesekolah dengan kasut baru la anak-anaku.....



Tuesday, May 3, 2011

Lega rasanya........tapi cuma sebentar

Alhamdulillah......saya dah selesai menjawab Ujian 1 dan dah hantar pun semalam, itupun dah last minutes. Saya rasa boleh menarik nafas lega tapi hanya sementara. Masih ada lagi tugasan-tugasan yang lain yang belum selesai(bukan belum selesai tapi belum mula pun lagi).

Kalau minggu lepas, saya sangat sibuk dengan aktiviti English Week. Alhamdulillah, itu pun dah berlangsung dengan jayanya. Walaupun agak memenatkan, namun saya amat berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan sepanitia. Aktiviti yang kami rancang, agak berbeza dengan yang pernah kami lakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Yang paling saya suka sepanjang English Week berlangsung ialah aktiviti Explore Race. Fizikal & mental murid-murid saya agak teruji dengan tugasan yang disediakan di setiap stesen. Banner, sangat cantik, berbeza dengan yang sedia ada.

Aktiviti Explore Race:
Sebanyak 9 stesen yang disediakan. Murid perlu melengkapkan kesemua tugasan yang telah disediakan di setiap stesen.


Station 1 - Messenger & Scribes


Station 2 - Crossword Puzzle


Station 3
Station 4 - Making Model



Station 5 - Arranging Words

Station 6  - Arranging Sentences

Station 7 - Riddles




Station 8 - Jigsaw Puzzle


Station 9 - Action Song


Aktiviti Singing Competition:
Persembahan dari murid-murid sangat menghiburkan....



Aktiviti Handycraft :
Murid dikehendaki membuat 'mobil' - tema yang diberikan seperti bungaan, kenderaan & haiwan.
Alhamdulillah,murid-murid mamang kreatif. Cantik-cantik sekali hasil kerja mereka....



 






Sunday, May 1, 2011

Ujian 1........

Pening kepala dibuatnya dengan Ujian 1 ni. Dah berkali-kali saya baca soalannya, tapi tak jugak faham-faham. So, macam mana nak jawab ni. Esok dah date line dah ni.
Modul dah habis baca, tapi tak beloh nak cedok dari situ la pulak. Nak kena guna akal fikiran la pulak. Sejujurnya, fizikal dan mental saya ni masih lagi dalam kekeliruan, mampukah saya untuk meneruskan pengajian selama 4 tahun ni............