Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Saturday, January 29, 2011

Milk Boosterku.....

Ini adalah salah satu agen penambah susuku....Saya mengamalkannya sejak beberapa bulan yang lalu. Pada permulaan saya mencubanya, kira ok la....Agak manis kalau dibancuh dalam cawan, so, saya bancuh dalam mug yg agak besar untuk menggurangkan rasa manisnya. Saya akan minum minuman ini semasa bersarapan pagi. Alhamdulillah, ianya memang membantu dalam menghasilkan susu yang lebih selain dengan pengambilan supplement.





Kelmarin, saya ke Tesco Sbrg Jaya untuk shopping barang2 dapur. Setelah semua barangan yang diperlukan penuh dalam troli, tiba2 saya teringat satu lagi barang yang nak sangat saya cari sebelum ni. Ianya ialah ini.....


Saya banyak membaca testimoni dalam FB (KIM- Kumpulan Ibu Menyusu) mengatakan yang ini berkesan untuk menambahkan susu. So, saya pun ingin la nak mencubannya. Saya dah pun habiskan 1 tin, so nak tengok la perkembangannya, TUNGGU.........

Thursday, January 13, 2011

Gerammmmmmmmm

Begini ceritanya
.
.
.
.

Tadi sebelum balik, saya jumpa dgn GB untuk bagitau yang saya dah isi borang untuk mohon PPG (Program Pensiswazahan Guru). Tujuan saya bagitau adalah untuk ingatkan dia untuk buat ulasan secara online untuk permohonan saya. Tapi yang mengejutkan saya, GB kata dia nak Markah Prestasi 3 tahun berturut2 dari tahun 2007 - 2009. Saya agak terkejut sekali lagi apabila Gb bagitau yang lagi 2 orang cikgu yang mohon sama tu dah bagi markah prestasi depa kat GB. Bengangnya.............sebab saya tak tau pun bila depa buat macam tu. Maklum la saya ni isi awai dari depa & depa tak berapa tau yang saya pun mintak jugak. Rasa malu, geram & ntah la..... 

Dengan insiden tadi tu, boleh dikatakan yang saya ni tak berapa join la dengan depa yang 2 orang tu. So, baru tadi jugak la saya isi borang untuk mohon markah prestasi dari PPD, ntah bila la baru nak dapat markah tu.

Saya berharap sangat yang saya akan dapat mengikuti PPG yang saya mohon tu, Insyaallah...Amin...

Saturday, January 8, 2011

Repeat Test

Esok pagi saya akan masuk keje lambat sikit. Nak tahu kenapa? Kerana, saya akan ke klinik untuk repeat buat ujian darah. Ini semua disebabkan saya demam 3,4 hari lepas. Dengan suhu badan yang tinggi, tonsil yang membengkak (bapak punya bengkak -kata MA hari tu), batuk, sakit2 seluruh badan. Apa la puncanya?

Hari tu, sebelum ambik darah untuk di uji, MA tu kata lani ada kawasan yang kena DENGGI. So, kita check tengok la positif @ negatif. Walaupun keputusannya boleh dikatakan negatif, tapi ada sedikit kemusykilan. Sebab tu la esok nak kena pi ambik darah lagi.

Dalam masa 3 hari, nak kena ambik darah lagi. Bukannya sikit, banyak pulak tu. Nak ganti balik darah2 tu ntah berapa banyak la saya nak kena makan makanan yang berkhasiat. Tapi untuk pastikan saya tak bermasalah, saya redha aje la....

Apa2 pun, esok saya akan updatekan entri ni...

Selamat malam..Zzzzzzzzzzzz

Friday, January 7, 2011

Just to share









Sepatutnya dah lama saya buat entri ni, tapi tak berkesempatan. 

Saya mengenali produk Shaklee ni melalui Fiza. Bermula dengan Set B (B Complex, Alfalfa, Vita C & Vitalea), bertujuan untuk menambahkan susu & menghasilkan susu yang lebih berkualiti untuk anakanda tersayang Nur Amni Safiya. 

Saya mula mengambil Set B ni pada bulan 9 @ 10 tahun lepas (tak berapa ingat dah la). Seminggu yang pertama, masih tidak menampakkan sebarang kesan atau perubahan. masuk minggu yang ke2, ALHAMDULILLAH....susu saya mulai pekat & berwarna kekuningan. Daripada pembacaan yang saya buat, warna kekuningan tu adalah kerana pengambilan B Complex. Susu yang lebih pekat itu telah membuatkan Amni yang sebelum ini akan minum EBM 3.5oz sekali minum dan dalam sehari saya perlu bekalkan EBM kepada pengasuh taska sebanyak 6-7 botol yang mengandungi EBM. Tapi sekarang dia hanya akan minum 2.5-3oz aje dan saya hanya bekalkan 5 botol EBM aje, tu pun kadang2 tak habis. Ini menunjukkan kepekatan susu saya tu telah membuatkannya cepat kenyangan dan bertahan lebih lama.

Selepas habis Set B yang pertama, saya order lagi 1 Set B + ESP + Nutriferon. Kenapa saya order semua ni? Ini adalah kerana untuk meningkatkan lagi kualiti susu saya untuk kebaikan diri & anak saya juga. Set B tu saya makan seperti biasa TAPI bagi ESP.......ada 1 masalah buat saya pada awalnya. Saya termuntah pada kali pertama saya meminumnya. Saya campurkan ESP tu bersama air Ribena, nampak macam sedap tapi tak boleh diterima oleh tekak saya. Keesokkan pagi saya mencuba lagi, kali ini saya cuba campurkan dengan Horlicks. Tetap tak boleh diterima tekak tapi saya gagahkan jugak untuk menelannya. Alhamdulillah, berjaya juga saya telan walaupun tak sedap. Saya surf dalam blog kengkawan hang mengambil ESP untuk nak tak macam mana diaorang mengambil ESP dengan cara yang menyelerakan. Akhirnya saya temui satu blog (tapi tak ingat la sapa yang empunya blog tu). Dia mencampurkan ESP bersama dengan MILO. Saya pun mencubanya. YES!!!!!!! Sedap...Sejak dari hari tu hingga kini, saya minum ESP bercampur Milo. Kadang2 terpaksa berebut dengan anak2 saya. Depa kata sedap la Mama!!!

Nak crita pasal Nutriferon pulak. Tujuan saya ambilnya ialah untuk tingkatkan tahap imun badan saya. Dalam masa yang sama saya masih menyusu badan sepenuhnya. Disamping tu jugak, Amni selalu jugak la selesema (anak2 yang di hantar kat Taska, memang la senang terkena demam, selesema, batuk & pelbagai penyakit berjangkit). Alhamdulillah, selepas saya ambil 3 paket Nutriferon, saya dah boleh nampak perubahan yang positif. Kebetulan pada masa saya mengambil Nutriferon tu Amni memang tengah selesema. Dalam 4 hari, selesema Amni dah kering. Sehingga kini, saya terus mengamalkan Nutriferon tu 1 paket seminggu dan Amni dah kurang kurang sangat la terkena selsema.

Dah terlalu panjang rasanya saya berceloteh. Cukup la kot nooo......

Thursday, January 6, 2011

Elmi dan Homeworknya

Hari ni dah 4 hari Elmi ke sekolah bagi tahun 2011. Sat aje kan, dia dah 5 Tahun. Hari ni dia ada homework Jawi & Mathematics. Untuk Jawi dia kena tulis huruf Thsa (betul ke tak ntah la ejaan ni) & bagi Mathematics pulak dia kena tulis Number 2. 

Walaupun masa dia 4 Tahun dulu dia dah pernah tulis dah semua huruf2 & nombor2 ni, tapi tahun nie pun dia masih menulis perkara yang sama jugak. Mungkin sebagai nak ingat semula kot, maklum la sebelum ni kan cuti lama 1 bulan lebih.

Elmi pun dalam masa cuti baru nie, mana ada buat aktiviti menulis sangat pun. Masa awal2 cuti, kami semua sibuk dengan berpindah rumah. Lepas tu sibuk mengemas (kononnya la, tapi rasanya dah 1 bulan berpindah, rumah ni masih agak tak tersusun jugak lagi). 

Apa2 pun, Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat Elmi. Harap dia dapat mengekalkan kecemerlangannya seperti tahun lepas.

Hari ni jugak Elmi dah mula membaca Iqra' secara rasmi dengan Cikgu Ainin ( Cikgu Makndak- biras saya). Walaupun saya & suami cikgu, tapi anak2 kami ni bukannya nak sangat tumpu bila kami mengajar. Apa2 pun semuanya nak kena dengan orang jugak....tak kisah la belajar dengan sapa, asalkan faham.....






Demam

Post yang sebelum ni, Amni yang demam, tapi lani saya pulak yang demam. Ianya bermula sejak hari Selasa lagi. Bermula dengan sakit tekak & sakit kepala yang amat sangat. Nyut nyut nyut aje kepala saya (adoi sakitnya kepalaku- mcm iklan panadol satu masa dulu).

Kelmarin hari Rabu, saya mula berasa seram sejuk. Sejuk habis 1 badan, kaki saya rasa macam ais... Lepas balik dari sekolah, saya berehat sat sebelum pi ambik anak2. Sebelah malamnya saya rasa bertambah teruk, habis lenguh 1 badan, tido pun tak nyenyak, sat2 terjaga sebab sakit badan.

Pagi tadi selepas pi hantar anak2 saya ke sekolah, say terus ke klinik. Setelah di periksa, suhu badan saya mencecah 38.2. Dah la suhu badan tinggi, tonsil merah & bengkak, batuk (tak la teruk sangat). Lepas tu MA tu (sepupu saya) kata terpaksa ambik darah untuk di test sebab suhu badan yang tinggi sebab lani ada kes Denggi. Masa MA tu bagitau kat saya macam tu, hanya tuhan aje yang tahu, berdebar2 sambil memikirkan anak2 & suami. Selepas darah saya di ambil, saya bawak darh tu ke makmal untuk di uji. Setelah dapat keputusannya, saya bawaknya untuk MA tu bagitau apa yang tak kena. Setelah dia tengok keputusan darah saya & dia rujuk dengan doktor, saya kena pi ambik darah sekali lagi pagi hari Ahad ni. Ini adalah kerana keputusan darah saya kurang memuaskan.

MA tu kata kat saya Insyaallah tak akan ada apa2 la, makan ubat bagi betul & ikut masa. bagi suhu badan saya ni stabil balik, Insyaallah akan ok punya la......

Saya di bagi Panadol, Antibaotik, Vitamin C, Ubat Batuk & Ubat untuk kumur


Ni adalah ubat2nya (makan jangan tak makan)


Bekas kena ambik darah (boleh tahan jugak la- tapi anak bekas Nurse ni tak takut jarum sebab dulu prnah bercita2 nak jadi Nurse)

Susu Oh Susu

Sepatutnya saya dah updatekan post ni kemarin, tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan, so, sekarang ni la nak update.

Ini adalah merupakan hasil perah EBM ku. Nampak banyakkan, ini adalah kerana aku dah terlebih masa dari yang sepatutnya. Masa yang sepatutnya saya pam susu ialah lebih kurang pukul 10 tapi hari ni disebabkan masa rehat saya yang terhad & jadual waktu yang agak penuh, terpaksa la saya skip masa mengepam susu.

Hampir 2 jam saya telah terlebih masa, hanya tuhan aje yang tahu betapa beratnya cik B**** ni. Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan LDR tak berlaku, kalu tak rugi la....

Selepas habis aje kelas, saya bergegas segera ke port saya untuk mengepam susu. Rasa tak sabar2 nak kosongkan cik B ni......

Pam punya pam lebih kurang 20 minit,TARAAAAA....saya dapat lebih kurang 9oz, hasil penggunaan Spectra 3 saya yang tersayang ni.  Alhamdulillah, rezeki Amni. Kalau selalunya sekali sesi mengepam saya hanya akan dapat lebih kurang dalam 6oz aje.





Spectra 3 ku yang banyak berjasa buat diri ku
Tak tau nak start yang mana dulu. Saya ni ada banyak perkara yang nak dikongsikan bersama dalam blog ni, tapi confused la nak mulakan yang mana dulu.......................!!!!!!!!!!!!!!!!!!?????????????????????

Ahaaaaaaaaaa ...dah dapat idea dah.

Jumpa dalam post yang seterusnya....

Tuesday, January 4, 2011

Amni Demam

Tetiba aje awal pagi tadi, Amni demam. Panas garing 1 badan dia. Sebelum saya pi hantar Amni ke taska, saya dah bagi ubat demam dah kat dia. Tadi masa pi ambik dia, cikgu dia bagitau yang seharian hari ni Amni asyik merap aje. Makan tak nak, minum susu pun sikit aje. EBM yang saya bekalkan pun Amni hanya minum 3 botol aje. Selalunya Amni akan minum habis EBM yang saya bekalkan iaitu sebanyak 5 botol sehingga saya pi ambik Amni lebih kurang pukul 4 petang.



Risau pun ada gak, sebab dalam masa yang sama saya sendiri pun rasa kurang sihat. Mungkin sebab cuaca yang tak berapaq menentu sekarang ni. Sejak kelmarin lagi saya dah rasa sakit tekak(mungkin sebab dah lama tak cakap kuat kot - alasan je tu ). Hari ni pulak masa kat sekolah rasa sakit kepala yang amat sangat. Lepas makan panadol, rasa kurang la sikit.
Berbalik pada cerita Amni demam. saya dah call my hubby bagitau yang Amni demam. So, sat lagi lepas dia balik keje, kami nak bawak Amni pi klinik. Harap semuanya akan  ok2 aje.......

Monday, January 3, 2011

Hari pertama

Hari ni merupakan hari pertama saya kembali berkerja setelah lebih kurang 6 minggu bercuti penggal akhir tahun 2010.

Hari ni jugak merupakan hari pertama Ammar ke Tadika Tapis Bestari. sedar tak sedar Ammar dah pun 4 tahun. Sekejap aje kan..... Tahun ni Elmi dah 5 tahun & merupaka tahun ke2 dia di Tadika tapis Bestari. Anak2 yang nak ke sekolah tapi Mamanya pulak yang excited lebih....Dalam pemikiran saya kot2 la Ammar tak mau pi sekolah & akan menangis sebab Ammar ni memang terkenal dengan perangai yang tak dijangka2...Tapi alhamdulillah dia dengan yakinnya melangkah masuk ke Tadika masa saya hantar anak2ku pagi tadi. Elmi ada la buat perangai sikit, dia mula la buat muka masam tapi akhirnya dia masuk jugak akhirnya....Amni pulak pun ok aje masa saya hantar dia kat Taska, maklum la dia bukannya tak apa2 sangat pun lagi kan.....Tapi dalam hati ni ada jugak risau sebab sepanjang cuti baru nie Amni jarang2 sangat saya bagi EBM guna botol. Saya hanya direct breastfeedkan dia aje. Lebih kurang dalam pukul 10 tadi saya call cikgu Taska untuk tanyakan macamana dengan Amni. Cikgu dia kata dia ok aje, minum susu pun ok aje..alhamdulillah.....Lepas tu saya call pulak cikgu Tadika untuk nak bertanyakan tentang Elmi & Ammar. Alhamdulillah, lega bila cikgu bagitau yang depa 2 orang tu ok2 aje. Ammar nampak seronok sangat....

Lepas sekolah tadi, saya terus pi ambik anak2ku. Tak putus2 cerita yang diceritakan oleh Elmi & Ammar. Saya hanya tanyakan sedikit soalan aje tapi jawapannya berjela2...........Jelas sekali anak2ku seronok ke Tadika,harap2 bukan hanya di awal2 tahun ni aje tapi sampai la hujung tahun ni......AMIN..........

*Tak sempat pun nak snap gambar*