Perkongsian cerita-cerita tentang keluargaku......


Keluargaku adalah nyawaku.....Amat bermakna sekali dalam hidupku...
Tanpa mereka seumpama tidak lengkap hidupku...
Buat anak-anakku ,Mama sentiasa inginkan yang terbaik buat kamu semua...




Thursday, March 17, 2011

Esok......

Tak sabar nak tunggu esok...
Esok, tanggal 18/3/2011 maka akan genab lah umur anak sulungku 5 tahun.....
Rasanya bagai baru kelmarin aje saya lahirkannya....
Sesungguhnya, saya amat berpuas hati dengan pencapaianya sekarang. Dalam  usia 5 tahun, Elmi dah boleh membaca ayat-ayat  mudah.
Setiap hari, dia akan menyuruh saya sebutkan perkataan dan dia akan mengeja.
Elmi, seorang anak yang berdikari jika dibandingkan dengan Ammar..
Apa-apa pun, Mama sayang kamu semua.....Muuuuahhhhhhhh!!!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

Bola Baling

Baru aje balik dari Mesyuarat Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Kulim kat Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong.(dekat aje dengan sekolah saya).
Ada beberapa perkara yang dibincangkan seperti:

Tarikh: 9/4/2011 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong
Yuran Pendaftaran: RM90.00 bagi 1 pasukan
Sistem Pertandingan: Liga 2 Kumpulan


Pertandingan Peringkat Daerah Kulim akan berlangsung pada 13/4/2011 (Rabu).

Saya sendiri belum pun ada pasukan apatah lagi pemain, tapi saya bercadang tak nak buat pemilihan macam tahun-tahun lepas sebaliknya saya akan terus ambik pemain bola jaring yang baru aje selesai bertanding minggu lepas. 
Memandangkan masa dah agak suntuk ditambahkan pula dengan nak cuti sekolah selama 1 minggu, jadi saya hanya akan memulakan latihan selepas cuti sekolah.....

Saya berharap tahun ni, saya tak akan lagi kecewa sebagaimana tahun lepas. Saya akan cuba untuk melatih pasukan saya dengan sebaik yang mungkin palin-paling tidak pun pad ahari perlawanan nanti pasukan saya akan tergolong dalam TOP 4....Insyaallah, Amin...........
 


Akhirnya......

Penantian selama ini akhirnya terjawab.

Semalam, suami saya terlebih dahulu menyemak keputusan penempatan saya. Setelah menyemak, terus dikejutkannya saya dari tidur ((saya ni memang yang jenis tido awal, sejak ada anak). Bila je saya tengok tawaran tu, terkejut sangat sebab  bukan sebagaimana yang saya isi dan nak......

Saya ditawarkan ke UUM, Sintok. Jauh tu......... Suami saya pun diam tak terkata. Bayangkan lah, 4 tahun saya perlu berulang alik ke UUM tu, bukannya dekat, dari Kulim nak ke UUM tu akan ambil masa lebih kurang 2 jam lebih.

Mula la terbayangkan muka anak-anak saya yang perlu saya tinggalkan nanti. Walaupun bukannya pi tak balik tapi saya memikirkan Nur Amni Safiya yang masih menyusu dan bagaimana saya nak memerah susu nanti. Semua tu mula la menjadikan saya pening.

Ini adalah butiran tawaran buat saya :


TAHNIAH!
Anda berjaya ditempatkan di institusi Universiti Utara Malaysia
bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011



No. Kad Pengenalan
:
800630075214
Nama
:
SOLLEHATUN BINTI AHMAD ZUBIR
Tempat Mendaftar
:

Nak ditolak, nanti dikatakan menolak tuah pulak. Nak menerima, saya macam serba tak kena. Ntah la, masih ada masa lagi sebelum 19 March tu, Sempat la saya uruskan apa-apa yang patut........

Tuesday, March 8, 2011

Hadiah

Tadi, telah saya hadiahkan sebuah buku buat tatapan kawanku sebagai rujukan buatnya sepanjang kehamilannya.

Harapan saya agar dengan membaca buku ini, kawan saya tu akan lebih bersedia dengan kehamilannya. 
Diari Hamil

Monday, March 7, 2011

Luahan Perasaan

Sekadar nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati......

Sepatutnya saya bergembira, tapi lani lain pulak perasaan saya. Saya memang sentiasa gembira atas apa-apa yang berlaku kepada diri saya sendiri & juga pada diri kawan-kawan saya. Terkadang, saya merasakan ada diantara mereka yang seakan mengambil kesempatan.....

Sukarnya untuk saya luahkan sebagaimana yang saya rasakan..... Pada suami lah tempat saya meluahkan segalanya. Suami saya merupakan seorang pendengar yang setia & dia akan mem,berikan kata-kata yang positif untuk setiap situasi yang saya hadapi.

Dikala ini, terus terang  yang saya amat tak puas hati dengan beberapa kawan saya. Jika apa-apa pun yang berlaku, pada saya, periuk nasi kita perlu lah dijaga....Kerja kita ni (GURU) memang memerlukan banyak pengorbanan. Jika seorang guru yang tak hadir ke sekolah, hampir 100 murid tak belajar pada hari tu. Sebaliknya jika seorang murid yang tak hadir, tak menjadi sebarang masalah pun....

Wahai kawan- kawan ku, utamakan lah kerja kita. Nasihat ini juga saya tujukan buat diri saya sendiri sebagai peringatan untuk hari-hati yang mendatang.

Sebelum ni, saya juga pernah lakukan sebagaimana yang telah kawan-kawan saya lakukan sekarang. Tapi semakin umur yang meningkat, pengalaman bekerja yang hampir menjangkau 11 tahun, saya telah mempelajari kerja yang saya pikul kini amatlah penting & patut saya hormati. Kerjaya sebagai GURU ini sememangnya amat mulia & insyaallah saya tak nak cemarkan dengan perkara yang tak sepatutnya. Kesedaran ini saya perolehi apabila anak-anak saya mula melangkahkan kaki mereka ke sekolah & saya mula terfikir yang jika hari ini saya lakukan kerja saya dengan tidak sempurna, tidak mustahil suatu hari nanti guru-guru anak-anak saya juga akan lakukan perkara yang sama terhadap anak-anak saya (nauzubillah.....)

Insyaallah, saya cuba untuk kekalkan prestasi saya kini & selamanya..... Jika tiada aral yang melintang ...Amin........

Friday, March 4, 2011

Berkongsi Gembira

Kalau sebelum ni, saya bergembira mendengar perkhabaran Nurul Hafizah mengandung. Bulan lepas, Kak Muniroh( rakan sekerja)  bagitau yang dia dah tak datang p****d dah 2 bulan (apa lagi, memang dah sah la Kak Muni mengandung - sekarang ni dah 3 bulan lebih). Minggu lepas, Niza disahkan mengandung 5 minggu. Kelmarin, sorang lagi rakan sekerja saya, Zahara juga disahkan mengandung. Amboi...........seronoknya saya (mengalahkan orang yang mengandung la pulak). 

Kisah Zahara ni begini, kelmarin, selepas waktu rehat dia tanya sama ada saya ada kelas ke tak lagi. Memang kebetulan saya masih lagi ada masa free. Dia bagitau kat saya yang p****d bulan Januari pada 23/1 & bulan Februari pad 28/2. TAPI hanya sedikit dan sehari selepas tu hanya ada 2 titik d***h yang berwarna hitam. Dia & suami sememangnya takut. (Zahara & suami dah berkahwin hampir 5 tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata). Dia takut jika ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. Katanya, dia baru ake menjalani ujian Pap Smear.

Sebagai kawan, saya tak nak tambahkan kerunsingannya. Saya kata kat dia, jangan berfikiran negatif tapi sebaliknya berfikiran positif. Secara melawak saya kata kat dia :  
Zahara, hang mengandung pa.....
 Tapi dia macam tak berapa nak yakin. Saya berkata lagi :
macam ni la, balik sekolah satgi, hang pi farmasi untuk beli pregnancy test kit.
Dia bersetuju selepas saya kata ada kawan lama saya masih didatangi p****d walaupun dah mengandung 7 bulan.

Pada petangnya, saya sms Zahara untuk nak tanya sama ada dia dah beli kit tu ke belum (terlebih excited), dan saya kata kalau nak test seeloknya waktu pagi  dan saya amat berharap akan mendengar perkhabaran gembira...

Sejurus selepas tu, Zahara balas sms saya DAN keputusannya POSITIF........Amin, Amin Ya Rabbalalamin....Katanya, suami dia suruh test terus sesampainya depa kat rumah, tak mau dah tunggu samapi pagi esoknya.

Tahniah! Zahara & suami.......

Apa-apa pun, saya sangat teruja dengan perkhabaran kawan-kawan yang mengandung. Jauh disudut hati saya, teringin sangat nak depa lalui masa mengandung ni dengan hati yang gembira sebagaimana yang telah saya lalui sepanjang 3 kali mengandungkan putera-putera & puteri saya. Kerana pengalaman mengandung ni sebenaranya sangat indah dan bukan semua orang dapat melaluinya.

Ingin juga saya bimbing kawan-kawan saya tu untuk depa menyusukan baby depa nanti sebagaimana yang telah saya lakukan dari awal hingga kini.....Sememangnya kawan-kawan saya tu semuanya sedia maklum yang saya memang seorang ibu yang mementingkan penyusuan susu ibu,Insyaallah....

Thursday, March 3, 2011

Meeting....

Saya telahpun hadirkan diri ke mesyuarat ko akademik Bahasa Inggeris kat SK St. Anne's Convent.

Seperti tahun lalu, hanya Public Speaking, Story Telling & Action Song aje yang akan dipertandingkan. Sekolah Kebangsaan Junjong mungkin hanya akan mengambil bahagian dalam Public Speaking & Story Telling aje. Namun, dalam hati saya sendiri, saya teringin nak masuk pertandingan Action Song TETAPI mesti kawan-kawan tak setuju.....

Dengan masa yang tak mengizinkan & mesti lah masing-masing tak nak kerja lebih..... Saya secara personal tak ada masalah.... Apa-apa pun, hari Ahad ni saya akan bertanyakan pendapat kawan-kawan saya dulu...

Tuesday, March 1, 2011

Mood Yang Tak Menentu

Seminggu dua ni, mood saya agak kurang sikit, kenapa ntah....

Mungkin dalam hati ni asyik dok suspen aje sebab dok tunggu surat tawaran PPG tu. hampir setiap hari saya akan ke pejabat untuk bertanyakan tentang surat tawaran tu sama ada dah sampai ke belum. Rasa tak sabar-sabar untuk nak tau pilihan mana yang saya dapat. Terus terang saya katakan yang saya memang amat-amat berharap agar saya mendapat tawaran untuk Pendidikan Khas, tapi kalau dapat untuk Bahasa Inggeris pun tak pa, saya terima. Apa-apa pun yang penting permohonan saya dah pun diterima......

Disebabkan mood yang tak berapa elok ni, masa mengepam saya pun dah jadi tak menentu. Saya dapat rasakan yang pengeluaran susu saya dah agak berkurangan sikit. Kalau sebelum ni, sekali sesi mengepam saya akan dapat lebih kurang 6-7 oz. Tapi sejak minggu lepas susu saya dah tinggal 4oz. Saya akui memang saya agak stress sebab stok EBM saya dah semakin berkurangan......Saya dah cuba buat power pumping tapi hasilnya masih kurang. Saya tak akan berputus asa untuk meneruskan penyusuan buat Nur Amni Safiya sehingga 2 tahun. Insyaallah, hanya tinggal lagi 7 bulan untuk saya capai 2 tahun..... Apa- apa pun saya mesti teruskan jugak untuk menyusukan Amni hingga 2 tahun kerana ini adalah janji saya. Lagipun, saya dan suami telah bersetuju yang Amni adalah yang terakhir, so saya ingin memberikan yang terbaik buat Amni.

Apa-apa pun, saya akan lakukan yang terbaik dalam kerjaya, pengajian & penyusuan........INSYAALLAH